E-Dashboard: Inovasi Bagi Pengurusan Data Strategik

Wan Azlee, Wan Abdullah (2015) E-Dashboard: Inovasi Bagi Pengurusan Data Strategik. In: Prosiding NCOAL 2015 - Persidangan Kebangsaan Perpustakaan Akademik , 17-18 March 2015 , Kuantan, Pahang. pp. 83-102.. ISBN 978-967-0691-68-8

[img]
Preview
Pdf
edashboard inovasi bagi pengurusan data strategik.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Sistem Pengurusan Data (E-Dashboard) yang dibangunkan merupakan satu inisiatif baharu UMP dalam usaha memperkemas proses penyediaan dan pengumpulan data/maklumat strategik universiti mengikut Pelan Strategik Universiti Malaysia Pahang (UMP) serta penyaluran data/maklumat universiti kepada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui empat (4) inisiatif KPT iaitu PSPTN, MyRA, SETARA & D-SETARA dan MyMoheS. Sistem ini dibangunkan pada awal tahun 2011 kerana wujud keperluan untuk pihak berkepentingan (stakeholders) dalam membuat keputusan berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ada bagi memenuhi data/maklumat yang berkualiti, sempurna, tepat dan cepat secara dalam talian (online) sama ada data bersifat kumulatif/kuantitatif atau dinyatakan sebaliknya mengikut glosari. Dalam hal ini, data/maklumat akan digunakan sepenuhnya bagi tujuan perancangan, penggubalan dasar dan pembangunan pengajian tinggi negara yang mampan. Sehingga kini, sistem ini digunakan sepenuhnya dalam membuat pemantauan mengikut PIC (person incharge) dan PTJ (Pusat Tanggungjawab) yang dirujuk sebagai sumber data yang akan diekstrak, jenis data, glosari data yang dibekalkan dan sebagainya sehinggalah ia menghasilkan satu laporan analisa yang berkualiti, sempurna, seragam dan sistematik yang menepati kehendak universiti dan pemegang taruh. Sistem aplikasi yang dibangunkan ini juga menitikberatkan ciri-ciri utama yang terdapat dalam E-Management yang diperkenalkan sejak tahun 2001 dan ia merupakan amalan tadbir urus yang diselarikan dengan budaya amalan ICT yang holistik.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: Pengurusan Data; Kualiti Data;Kesempurnaan Data; Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
T Technology > T Technology (General)
Faculty/Division: Information Technology and Communication Centre
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 17 Jun 2020 08:13
Last Modified: 17 Jun 2020 08:13
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/28483
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item