Kemahiran kehidupan ibu tinggal terhadap kesejahteraan keluarga

Mohamad Nawawy, Jusoh and Fatmawati, Latada (2019) Kemahiran kehidupan ibu tinggal terhadap kesejahteraan keluarga. Jurnal Dunia Pengurusan, 1 (3). pp. 36-44. ISSN 2682-8251. (Published)

[img]
Preview
Pdf (Open access)
Kemahiran kehidupan ibu tinggal terhadap kesejahteraan keluarga.pdf

Download (268kB) | Preview

Abstract

Kesejahteraan keluarga adalah sinonim dengan kebahagiaan keluarga yang merangkumi kedua-dua fizikal dan kesejahteraan psikologi, kualiti dalam perhubungan dalam kalangan ibu bapa serta kualiti perhubungan antara ibu bapa dengan anak. Ketiadaan bapa dalam sistem keluarga akan menjejaskan kefungsian tanggungjawab dalam mengurus dan membimbing keluarga terutamanya terhadap kesejahteraan anak-anak. Rentetan itu, menjadi kewajipan kepada ibu tinggal mengambil alih beban tanggungjawab dan peranan bapa dalam mengurus, menjaga dan membimbing serta berfungsi sepenuhnya terhadap keluarga. Bebanan tanggungjawab ibu tinggal akan menjejaskan kesejahteraan dan kualiti hubungan dalam keluarga terutama dalam bertanggungjawab memainkan dua peranan mencari nafkah dan menjaga anak-anak, kewangan yang rendah, ekonomi tidak stabil, pekerjaan tidak tetap, dan tiada sistem sokongan moral daripada ahli keluarga dan luar. Sebaliknya, ibu tinggal memerlukan sistem sokongan yang positif dari ahli keluarga dan kewangan yang kukuh serta ilmu pengetahuan yang mantap dalam mengekalkan kesejahteraan keluarga. Justeru itu, kajian ini telah menggunakan kaedah kajian kualitatif melalui dapatan sekunder yang melibatkan bentuk tulisan seperti jurnal, artikel, buku-buku dan prosiding dirujuk. Secara kesimpulan, ibu tinggal memerlukan kemahiran yang khusus merangkumi ilmu pengetahuan kemahiran ibubapa, kemahiran mengawal emosi, kemahiran berinteraksi, kemahiran membuat keputusan serta kemahiran ilmu kewangan dan keusahawanan bagi membantu mereka dalam menguruskan emosi, fizikal dan tingkahlaku bagi mengekalkan kesejahteraan keluarga.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kemahiran ibu tinggal; Kesejahteraan keluarga
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Mrs Norsaini Abdul Samat
Date Deposited: 04 Jan 2021 06:21
Last Modified: 04 Jan 2021 06:21
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/30044
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item