Model kebahagiaan hidup pelajar universiti berdasarkan faktor kesihatan mental, kecerdasan spiritual dan demografi

Muhammad Salehan Alhafiz, Mat Wajar and Rohana, Hamzah (2020) Model kebahagiaan hidup pelajar universiti berdasarkan faktor kesihatan mental, kecerdasan spiritual dan demografi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5 (11). pp. 17-32. ISSN 2504-8562. (Published)

[img]
Preview
Pdf (Open access)
Model kebahagiaan hidup pelajar universiti berdasarkan faktor kesihatan.pdf
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (493kB) | Preview

Abstract

Kebahagiaan hidup merupakan salah satu faktor yang boleh memberi kesan ke atas prestasi akademik pelajar. Sorotan kajian lepas mendapati bahawa antara faktor penyumbang utama kepada kebahagiaan hidup pelajar ialah kesihatan mental dan kecerdasan spiritual. Tahap kebahagiaan hidup juga berbeza bagi setiap pelajar bergantung kepada faktor demografi mereka. Walau bagaimanapun, kajian lanjutan perlu dijalankan bagi mengenal pasti sejauh mana kesihatan mental dan kecerdasan spiritual boleh mempengaruhi kebahagiaan hidup dan prestasi akademik dalam konteks pelajar universiti di Malaysia. Kajian mengenai pengaruh faktor demografi seperti jantina, tahun pengajian dan agama terhadap tahap kebahagiaan hidup pelajar juga masih belum diterokai sepenuhnya. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk membangunkan sebuah model konseptual kebahagiaan hidup pelajar daripada aspek kesihatan mental, kecerdasan spiritual dan demografi berdasarkan sorotan kajian lepas dan teori-teori berkaitan seperti Teori Psikologi Positif Seligman (2003), Teori Kecerdasan Spiritual Amram (2008) dan Teori Kesejahteraan Subjektif Diener (1984). Model yang dibangunkan ini boleh dijadikan rujukan untuk mengkaji hubungan antara kesihatan mental, kecerdasan spiritual dan demografi dengan kebahagiaan hidup dan prestasi akademik pelajar universiti di negara ini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kesihatan mental; Kecerdasan spiritual; Demografi; Kebahagiaan hidup; Prestasi akademik
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Mrs Norsaini Abdul Samat
Date Deposited: 26 Apr 2021 06:16
Last Modified: 26 Apr 2021 06:16
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/30045
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item