Pembangunan modul transformasi kepimpinan diri pelajar luar kampus (TKDPLK) Universiti Malaysia Pahang

Nurul Ain Fatehah, Baharuddin (2019) Pembangunan modul transformasi kepimpinan diri pelajar luar kampus (TKDPLK) Universiti Malaysia Pahang. Masters thesis, Universiti Malaysia Pahang (Contributors, UNSPECIFIED: UNSPECIFIED).

[img]
Preview
Pdf
Pembangunan modul transformasi kepimpinan diri pelajar luar kampus.pdf - Accepted Version

Download (508kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan Modul Transformasi Kepimpinan Diri Pelajar Luar Kampus (TKDPLK) dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP), menentukan kesahan kandungan modul dan kebolehpercayaan instrument kajian. Kajian awal telah dilakukan ke atas tujuh buah rumah pelajar yang tinggal di luar kampus sekitar Gambang melalui pemerhatian tidak langsung dan temu bual semistruktur. Hasil dapatan, empat masalah utama yang dihadapi oleh para pelajar antaranya masalah hubungan dengan Pencipta, pengurusan diri, hubungan sosial dengan rakan serumah dan kepimpinan pengurusan kediaman. Melalui dapatan kajian awal ini, penyelidik telah membangunkan Modul TKDPLK berteraskan Model Pembangunan Perubahan Diri Secara Holistik Afzamiman (2012). Reka bentuk modul pula, berpandukan Model Pembangunan Modul Sidek (2003). Dalam usaha menentukan kesahan kandungan modul, lima orang pakar dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) telah terlibat dan tiga orang pakar menentukan kesahan instrumen. Hasil dapatan menunjukkan kandungan modul yang dibangunkan mempunyai nilai kesahan yang tinggi iaitu 78%. Berdasarkan Formula Pengiraan Kesahan Kandungan Modul Sidek dan Jamaludin (2005), peratusan yang melebihi 70% membuktikan bahawa modul yang dibangunkan mempunyai kesahan kandungan yang baik. Bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen kajian pula, pelajar luar kampus semester dua telah terlibat. Seramai 30 orang pelajar telah menjawab borang soal selidik dan 7 orang pelajar menjalani temubual bagi menyokong isi kandungan modul yang dihasilkan. Hasil dapatan nilai Alpha Cronbach secara keseluruhan adalah 0.86 menunjukkan instrumen kajian dipercayai dan boleh digunakan oleh para pelajar. Malah hasil temu bual bersama pelajar pula menunjukkan masalah utama yang dibelenggu mereka adalah hubungan dengan Pencipta, masalah pengurusan diri, hubungan sosial dengan rakan serumah dan pengurusan kediaman. Ini menunjukkan isi kandungan modul yang dihasilkan menepati masalah yang dihadapi oleh pelajar luar kampus. Oleh itu, Modul TKDPLK dan instrumen yang telah dibangunkan boleh digunakan untuk melatih transformasi diri pelajar luar kampus. Kajian selanjutnya boleh dijalankan untuk menguji keberkesanan modul dan instrumen yang telahdibangunkan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (Master of Science) -- Universiti Malaysia Pahang – 2019, SV: DR. ROHANA BINTI HAMZAH, NO. CD: 12372
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan diri; pengurusan diri; hubungan sosial; pengurusan kediaman
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
L Education > LC Special aspects of education
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Mrs. Sufarini Mohd Sudin
Date Deposited: 30 Nov 2020 06:34
Last Modified: 30 Nov 2020 06:36
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/30054
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item