Pengamalan Nilai Agama dalam Mengatasi Kemurungan Semasa Pandemik COVID-19

Abdul Rashid, Abdul Aziz and Amin Al Haadi, Shafie and Zuraina, Ali and Noor Dahiah Sulhana, Dzainal (2020) Pengamalan Nilai Agama dalam Mengatasi Kemurungan Semasa Pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5 (12). pp. 31-44. ISSN 2504-8562. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Pengamalan Nilai Agama dalam Mengatasi Kemurungan.pdf
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (414kB) | Preview

Abstract

Wabak Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) yang telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia mengalami masalah kemurungan. Kemurungan boleh mengganggu aspek psikologi dan kesejahteraan kendiri yang merupakan elemen penting dalam menentukan kefungsian diri manusia dan mempengaruhi sistem kesihatan dalam menghadapi penularan wabak ini. Justeru, penulisan ini bertujuan melihat cabaran kemurungan semasa pandemik COVID-19 yang menumpukan kepada aspek spiritualiti (kerohanian) bagi mencari solusi kepada kepulihan dan perubahan dalam masalah kemurungan. Kajian perpustakaan melalui kaedah analisis kandungan telah digunakan dalam kajian ini bagi merungkai cabaran dan solusi terhadap masalah kemurungan. Teori Psiko Spiritual al-Ghazali telah dirujuk bagi membantu pemahaman dalam permasalahan yang dihadapi ini. Kajian mendapati bahawa COVID-19 telah membawa kepada pelbagai implikasi yang mengundang kemurungan. Selainitu, melalui pendekatan terapi psikospiritual dengan kaedah solat, zikir, doa, amalan filantropi dan rasa redha dilihat sebagai salah satu platform alternatif yang boleh digunakan dalam menangani masalah kemurungan. Oleh itu, melalui pemahaman terhadap implikasi kemurungan, langkah pencegahan yang terpilih mengikut pendekatan yang bersesuaian dapat dilaksanakan agar masalah kemurungan dapat dirawat dan seterusnya menjamin kesejahteraan individu yang terkesan dengan wabak COVID-19.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: kemurungan, tekanan psikologi, psiko spiritual, COVID-19
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
R Medicine > RA Public aspects of medicine
Faculty/Division: Center for Modern Languages
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 19 Apr 2021 06:53
Last Modified: 19 Apr 2021 06:53
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/31274
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item