Pengaruh faktor persepsi negatif dan budaya tular terhadap buli siber di media sosial dalam kalangan pelajar dan golongan muda

Mohd Mokhtarishah, Mohamed Mokhtar and Hasmadi, Hassan (2021) Pengaruh faktor persepsi negatif dan budaya tular terhadap buli siber di media sosial dalam kalangan pelajar dan golongan muda. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 1 (11). pp. 16-36. ISSN 2289-7216, 2600-8815 (Online). (Published)

[img]
Preview
Pdf
P16-36 MOKHTAR PAPER 1.pdf

Download (246kB) | Preview

Abstract

Penulisan ini bertujuan untuk mengupas tentang persepsi negatif dan budaya tular yang sering dijadikan alat atau senjata untuk kepentingan diri dan pengaruh. Persepsi sudah menjadi satu perkara yang penting dan budaya oleh sesetengah individu di seluruh dunia. Malahan ada yang beranggapan persepsi adalah salah satu seni penulisan. Tular pula memainkan peranan menyebar luaskan persepsi sehingga mampu menawan hati dan mempengaruhi pemikiran. Kajian ini dicadangkan setelah melihat kerancakan penggunaan media sosial sebagai medium untuk membuli antara satu sama lain yang dikhuatiri boleh mengundang buruk sangka, sikap saling membenci dan permusuhan. Masyarakat bimbang dengan kandungan mesej dan komen yang mengelirukan, cacian dan menjatuhkan aib seseorang. Oleh itu, kajian ini berpeluang melihat sejauh mana perkembangan persepsi dan tular mengundang implikasi kepada buli siber di media sosial. Sampel kajian seramai 400 responden yang terdiri daripada golongan muda. Satu set soal selidik yang mengandungi 46 item dibina oleh penyelidik berdasarkan sumber-sumber kajian dan telah diedarkan kepada responden. Manakala data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian “Statistical Packages For Social Sciences” (SPSS) versi 23.0. Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan lazim bagi menjawab persoalan kajian. Sementara statistik inferensi iaitu Anova sehala, ujian-t dan kolerasi digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada mengenalpasti penggunaan media sosial sebagai persepsi negatif dan budaya tular serta mempertingkatkan lagi kesedaran orang ramai supaya tidak menjadikan media sosial sebagai alat untuk buli siber dalam kehidupan seharian.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Persepsi,;tular; buli siber
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Miss. Ratna Wilis Haryati Mustapa
Date Deposited: 20 Jul 2021 13:38
Last Modified: 20 Jul 2021 13:38
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/31680
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item