Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kepada penutur asing: pendekatan teknologi (apps) dan program pengukuhan berdasarkan model kolb

Juwairiah, Osman and Mardian, Shah Omar and Salinah, Jaafar and Zuraina, Ali and Suryanti, Awang and Haslinda, Hashim and Mardhiyyah, Zamani (2021) Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kepada penutur asing: pendekatan teknologi (apps) dan program pengukuhan berdasarkan model kolb. Innovative Teaching and Learning Journal, 5 (1). pp. 65-82. ISSN 2289-2370. (Published)

[img] Pdf (Open Access)
61 - Published Version

Download (3kB)

Abstract

Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam kemahiran berbahasa sangat diperlukan oleh tenaga pengajar termasuk elemen leksikal, penulisan, pertuturan, menghubungkait bahasa dan budaya, aplikasi teknologi yang amat mempengaruhi minat para pelajar asing (Zeckqualine Melai et al. 2020). Kajian ini merupakan rentetan daripada kajian Juwairiah Osman et al. (2018) yang telah menunjukkan penggunaan Model Kolb dalam membantu penguasaan bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa. Namun, kelemahan yang dikenal pasti ialah kurangnya aplikasi yang menyeluruh dari segi aktiviti berbantukan teknologi dan aktiviti yang lebih relevan dalam aspek aktiviti dan program pengukuhan. Sehubungan itu, strategi pembelajaran bahasa Melayu memerlukan pendekatan pembelajaran yang sistematik, menarik, interaktif dan berkesan kepada pelajar antarabangsa. Kajian ini bertujuan mengkaji strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan stail pembelajaran Model Kolb (1984), iaitu pemerhatian reflektif, konseptual abstrak, eksperimen efektif dan pengalaman konkrit yang diaplikasikan oleh para pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Pahang. Keempat-empat stail ini merangkumi pelbagai kaedah secara tradisional, inovasi pembelajaran dan pendekatan berbantukan teknologi. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang pelajar antarabangsa, iaitu termasuk penutur asing yang berada di kampus Gambang, Pahang. Namun, kajian ini akan berfokus pada aplikasi keempat-empat stail pembelajaran Model Kolb termasuklah pembinaan aplikasi (apps) yang baru dihasilkan pada tahun 2020, aktiviti dalam kelas, luar kelas, medium pembelajaran dalam talian, program pengucapan awam dan beberapa program yang lain. Dapatan menunjukkan pendekatan pemerhatian reflektif secara umumnya ialah 11.11%, konseptual abstrak ialah 11.11%, 33.33% dan 66.67%, eksperimen efektif ialah 11.11% manakala peringkat akhir iaitu pengalaman konkrit ialah 11.11%, 22.22% dan 77.78%. Hasil kajian menunjukkan strategi tersebut dapat membantu penguasaan bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa mahupun penutur asing sekali gus menarik minat untuk terus mempelajari bahasa Melayu.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pengajaran dan pembelajaran; Bahasa Melayu; Teknologi; Pelajar antarabangsa; Penutur asing
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Center for Modern Languages
Depositing User: Dr. Suryanti Awang
Date Deposited: 25 Aug 2021 02:56
Last Modified: 04 Jan 2024 03:57
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/31852
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item