Aplikasi dawrah ruhiyyah dalam meningkatkan nilai kualiti spiritual pelajar di Universiti Malaysia Pahang

Mohd Suhardi, Mat Jusoh and Zuraina, Ali and Rohana, Hamzah and Nurul Ain, Saleh (2021) Aplikasi dawrah ruhiyyah dalam meningkatkan nilai kualiti spiritual pelajar di Universiti Malaysia Pahang. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 10 (3). pp. 78-90. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Aplikasi dawrah ruhiyyah dalam meningkatkan nilai kualiti.pdf

Download (386kB) | Preview

Abstract

Pembangunan nilai kualiti spiritual dilihat sebagai suatu keperluan yang mendesak masa kini dalam usaha memenuhi sebahagian dari aspek kemahiran employbility. Walau bagaimana pun, melalui tinjauan sorotan kajian literatur lepas, didapati tidak banyak data emperikal yang menjelaskan secara holistik mekanisme latihan spiritual berasaskan agama dalam rangka pemupukan nilai kualiti spiritual seseorang pelajar universiti. Justeru, objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti tahap konsistensi serta keberkesanan dawrah ruhiyyah dalam usaha meningkatkan kualiti spiritual pelajar di Universiti Malaysia Pahang ( UMP ). Reka bentuk kajian ini berbentuk kajian penerokaan yang menggabungkan kaedah kajian kuantitatif dan kualitatif sebagai kaedah triangulasi bagi pengukuhan dapatan kajian ini. Melalui kaedah kajian kuantitatif, seramai 162 orang responden telah dipilih melalui persampelan rawak sebagai sampel kajian ini. Dalam kajian kualitatif pula, seramai 15 orang responden telah terlibat dalam kajian ini melalui persampelan bertujuan. Data – data kajian kualitatif yang diperolehi telah dianalisis secara induktif bagi menyokong dapatan kajian kuantitatif. Dapatan kajian secara kuantitatif menunjukkan dawrah spiritual ini dapat mempertingkatkan nilai kualiti spiritual responden. Melalui dapatan kualitatif pula, keseluruhan peserta yang mengikuti program latihan ini memperakui bahawa program latihan ini telah memberi banyak perubahan positif dalam diri mereka. Akhirnya, kajian ini merumuskan bahawa guru sebagai pembimbing latihan spiritual ini dan tahap konsistensi peserta adalah dua faktor utama dalam menentukan keberkesanan latihan spiritual ini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Dawrah Ruhiyyah, Nilai Kualiti Spiritual, Tahap Konsistensi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Center for Mathematical Science
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 12 Oct 2021 07:15
Last Modified: 12 Oct 2021 07:15
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/32383
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item