Wan Ahmad Fauzi, Wan Husain (2021) Risiko nasihat eksekutif dalam penggubalan ordinan dari sudut tadbir urus yang baik - July 31, 2021. Samudera.my . p. 1.
|
Pdf
RISIKO NASIHAT EKSEKUTIF DALAM PENGGUBALAN ORDINAN DARI SUDUT TADBIR URUS YANG BAIK.pdf Download (104kB) | Preview |
Abstract
Kuasa perundangan Persekutuan terletak hak pada Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dengan dua buah Majlis Parlimen iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Inilah badan perundangan Persekutuan yang dinyatakan oleh Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan. Prinsip pemisahan cabang kuasa di bawah Perlembagaan menetapkan had batasan legislatif, eksekutif dan Kehakiman. Justeru dilihat dalam Perkara 40(1) terdapat pengecualian, bahawa nasihat Jemaah Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong tidaklah dalam semua perkara. Dalam tempoh darurat, Parlimen dibenarkan menggubal ordinan dan undang-undang yang dinamakan akta masing-masing di bawah Perkara 150(2B) dan Perkara 150(5). Ordinan di bawah Perkara 150(2B) boleh digubal oleh Yang di-Pertuan Agong bersendirian jika pada ketika itu Parlimen tidak bersidang serentak serta timbul kesegeraan (urgency). Namun begitu setiap proklamasi dan darurat hendaklah dibentangkan di kedua-dua buah Dewan Rakyat dan Dewan Negara, sebelum sebarang keputusan untuk membatal atau mengungkaikannya boleh diambil.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | penggubalan ordinan |
Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) |
Faculty/Division: | Faculty of Industrial Management |
Depositing User: | PM. Dr. Wan Ahmad Fauzi Hashim @ Wan Husain |
Date Deposited: | 10 Feb 2022 02:47 |
Last Modified: | 10 Feb 2022 02:47 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/33018 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |