Silat Seni Gayong Falsafah Dan Perjuangan

Wan Ahmad Fauzi, Wan Husain (2021) Silat Seni Gayong Falsafah Dan Perjuangan. Abad Sinergi Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi, Selangor. ISBN 978-967-5473-50-0

[img]
Preview
Image
gayong3.jpeg

Download (107kB) | Preview
[img]
Preview
Image
gayong2.jpeg

Download (92kB) | Preview
[img]
Preview
Image
gayong1.jpeg

Download (171kB) | Preview

Abstract

Silat Seni Gayong merupakan seni bela diri yang pertama berdaftar di Tanah Melayu selepas Hari Merdeka. Sepanjang tahun 1950-an sehinggalah 1990. Silat Seni Gayong cukup mendominasi arena persilatan di Tanah Melayu dan Malaysia. Keunggulan Silat Seni Gayong dibongkar dalam buku ini dari sudut falsafah dan sejarah yang meliputi adat istiadat serta ilmu persilatannya. Perjuangan Silat Seni Gayong pula dicungkil daripada pantun, sajak dan kata-kata seruan Gayong yang sekian lama meniupkan semangat kepahlawanan orang Melayu sebagai bangsa asal bumi ini. Turut dimuatkan di dalam buku ini pemikiran kenegaraan berasaskan watan Tanah Melayu yang ingin diwariskan kepada murid dan pemimpin Gayong pada masa kini juga akan datang. Faham watan pemimpin diharapkan menjadi landasan perpaduan nasional kerana itulah akar umbi pembinaan negara bangsa Malaysia. Adalah merupakan perjuangan Allahyarham Dato' Mahaguru Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim untuk mengupayakan Silat Seni Gayong sebagai wadah penerus jati diri Melayu. Melau bukanlah rasis kerana watan Tanah Melayu pastinya Melayu. Malah Sabah dan Sarawak juga terletak di dalam Alam Melayu. Di atas premis tersebut, buku yang merakamkan falsafah dan Perjuangan SIlat Seni Gayong ini perlu diberi sokongan penuh oleh Kerajaan serta egensi-agensinya. Buku ini sesungguhnya sarat dengan pemikiran watan dan penjanaan jati diri seorang Warganegara Malaysia berlandaskan prinsip Perlembagaan Persekutuan. Aspek-aspek di atas menjustifikasi " Falsafah dan Perjuangan Silat Seni Gayong " untuk dijadikan abcaan umum setiap lapisan masyarakat tidak terkhusus pada peminat seni bela diri sahaja.

Item Type: Book
Additional Information: GV1114.75.F38 2021 - Perpustakaan kampus Gambang, Perpustakaan kampus Pekan , UMPSA
Uncontrolled Keywords: Silat Gayong, Pencak silat, Hand to hand fighting, Self defence
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty/Division: Faculty of Industrial Management
Depositing User: PM. Dr. Wan Ahmad Fauzi Hashim @ Wan Husain
Date Deposited: 15 Nov 2023 06:06
Last Modified: 15 Nov 2023 06:06
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/33212
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item