Kajian profil pencapaian matematik pelajar-pelajar sekolah rendah luar bandar dengan prestasi hati-HRV

Muhammad Nubli, Abdul Wahab and Norshafariza, Mamat and Noryanti, Muhammad (2021) Kajian profil pencapaian matematik pelajar-pelajar sekolah rendah luar bandar dengan prestasi hati-HRV. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 3 (10). pp. 91-108. ISSN 2600-8815 (Online) 2289-7216 (Printed). (Published)

[img] Pdf
Artikel jornal Shafa Ver 3 (2).doc

Download (705kB)
[img] Text
Artikel jornal Shafa Ver 3 (2).doc
Restricted to Repository staff only

Download (705kB) | Request a copy

Abstract

Pembelajaran Matematik adalah asas kepada penguasan pembelajaran. Terdapat pelbagai punca kelemahan pelajar sekolah rendah dalam penguasaan Matematik. Salah satu ciri keupayaan pelajar dalam penguasaan pembelajaran adalah keupayaan mereka mengawal koheren “Heart Rate Variability – HRV” hati. Pengawalan koheren HRV membolehkan individu mengawal minda dan emosi seterusnya merangsang keupayaan diri untuk belajar dengan lebih berkesan. Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji sejauhmana pelajar kelainan penguasaan Matematik berupaya mengawal koheren hati. Adakah terdapat perbezaan skor koheren antara pelajar yang baik dan pelajar yang lemah dalam penguasaan Matematik. Kajian ini dijalankan melibatkan 50 orang sampel dalam dua kumpulan pelajar berbeza pencapaian, baik dan lemah. Pelajar diberikan beberapa latihan Matematik untuk meneliti adakah terdapat perbezaan skor koheren hati semasa mereka menjawab soalan Matematik. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang jelas antara kedua-dua kumpulan pelajar ini. Pelajar baik didapati berupaya mengawal koheren HRV dengan lebih baik berbanding pelajar yang lemah pencapaian Matematik. Dapatan menunjukkan skor yang berbeza antara kedua-dua kumpulan ini setelah melalui protokol pengujian yang berbeza. Dapatan merumuskan bahawa pelajar yang baik lebih berupaya mengawal skor koheren HRV berbanding pelajar yang lemah. Ini menunjukkan keupayaan pengawalan koheren adalah penting sebagai petunjuk pencapaian prestasi pelajar dalam pembelajaran Matematik. Kajian ini penting dalam proses pembelajaran kerana ia boleh membantu guru memperkenalkan latihan peningkatan koheren untuk membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran Matematik dengan lebih baik. Teknik pengawalan koheren boleh dijadikan salah satu teknik untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran pelajar sekolah rendah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pembelajaran Matematik; Pelajar sekolah rendah; Skor koheren,;“Heart Rate Variability”
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Center for Mathematical Science
Depositing User: Miss. Ratna Wilis Haryati Mustapa
Date Deposited: 31 Jan 2022 04:45
Last Modified: 31 Jan 2022 04:45
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/33297
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item