Persoalan syarat izin suami kepada isteri bekerja di luar rumah dan hubungan dengan nafkah untuk isteri: Suatu perbincangan

Mansor, Sulaiman and Nur Izwan, Irsal Usnur (2021) Persoalan syarat izin suami kepada isteri bekerja di luar rumah dan hubungan dengan nafkah untuk isteri: Suatu perbincangan. In: Seminar Antarabangsa Kenegaraan dan Ketamadunan (ISOGOC) III , 29-30 September 2021 , Universiti Putra Malaysia. pp. 137-154.. ISBN 978-967-26476-0-7

[img]
Preview
Pdf
137 - 154 Mansor Sulaiman - Persoalan Syarat Izin Suami.pdf

Download (389kB) | Preview

Abstract

Tulisan ini membicarakan berkenaan persoalan syarat izin suami kepada isteri bekerja di luar rumah dan hubungannya dengan nafkah untuk isteri. Topik ini dibincangkan memandangkan terdapat pelbagai persepsi terhadap ‘kuasa izin’ suami terhadap isteri khususnya dalam perkara berkaitan izin untuk keluar bekerja sehingga menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap syariat Islam itu sendiri. Oleh itu tulisan ini dikemukakan dengan tujuan untuk mengupas ruang lingkup keizinan tersebut dan kaitannya dengan nafkah untuk isteri. Bagi mencapai objektif ini, maka metodologi yang digunakan adalah menggunakan kajian perpustakaan sepenuhnya dengan rujukan terhadap tulisan-tulisan yang berkaitan dengan tajuk ini seperti persoalan hukum wanita bekerja, konsep izin dan syarat dalam Islam, nafkah isteri dan sebagainya. Hasil daripada penulisan ini mendapati bahawa persoalan yang dibincangkan ini adalah suatu yang berlegar dalam lingkungan maslahah dan uruf yang secara tidak langsung memberikan keluasan dalam penetapan hukum. Diharapkan tulisan ini dapat memberikan gambaran awal kepada kajian lanjut berkenaan persoalan yang dilontarkan ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: isteri dan kerjaya, keizinan suami, nafkah, syarat wanita bekerja, syariat Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Dr. Mansor Sulaiman
Date Deposited: 14 Mar 2022 01:56
Last Modified: 14 Mar 2022 01:56
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/33515
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item