Mohd Hefzan, Azmi and Muhammad Nubli, Abdul Wahab and Noor Bashirah, Harun (2021) Keberkesanan Modul Latihan Pengukuhan Kepulihan (MLPK) Terhadap Orang Kena Pengawasan (OKP). Jurnal Antidadah Malaysia, 13 (2). pp. 106-126. ISSN 2231-9387. (Published)
Pdf
Keberkesanan Modul Latihan Pengukuhan.pdf Restricted to Repository staff only Download (569kB) | Request a copy |
Abstract
Pengujian keberkesanan sesuatu modul amat penting untuk menentukan kesan modul tersebut terhadap kumpulan sasaran. Setelah modul siap dibina ianya perlu diuji untuk melihat sejauhmana keberkesanannya terhadap pemboleh ubah yang dikaji. Kesan modul MLPK diuji terhadap pemboleh ubah religiositi, keyakinan diri dan ketahanan diri terhadap OKP. Selain melihat kesan terhadap pemboleh ubah tersebut, aktiviti latihan zikir berbantukan biofeedback turut dilaksanakan untuk melihat kesannya terhadap skor HRV bagi kumpulan latihan, manakala kumpulan kawalan tidak dikenakan sebarang latihan modul melainkan hanya menjalankan zikir bebas tanpa teknik biofeedback. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimen dengan mewujudkan kumpulan latihan dan kumpulan kawalan yang melalui ujian pra dan ujian pos. Data dianalisis menggunakan box plot melalui datatab iaitu aplikasi atas talian untuk mendapatkan nilai ujian-t bagi menunjukkan perbezaan min antara pemboleh ubah kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan MLPK telah memberi kesan yang positif terhadap peningkatan skor HRV melalui aktiviti zikir teknik biofeedback, religiositi, keyakinan diri dan ketahanan diri.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kesan Modul, Biofeedback, HRV, Modul Latihan Pengukuhan Kepulihan, OKP |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology |
Depositing User: | Noorul Farina Arifin |
Date Deposited: | 14 Mar 2022 06:16 |
Last Modified: | 14 Mar 2022 06:16 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/33536 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |