Zainal Abidin, Kusmin (2021) Pembinaan prosedur operasi standard dalam mengendalikan kes perceraian yang melibatkan dakwaan sihir pemisah di Mahkamah Syariah. PhD thesis, Universiti Malaysia Pahang (Contributors, UNSPECIFIED: UNSPECIFIED).
|
Pdf
Pembinaan prosedur operasi standard dalam mengendalikan.pdf - Accepted Version Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu prosedur operasi standard dalam mengendalikan kes perceraian yang melibatkan dakwaan sihir pemisah di mahkamah syariah. Kewujudan sihir dan kesannya kepada masyarakat adalah satu fenomena yang telah diakui umum. Dakwaan sihir dalam kes rumahtangga turut menjadi faktor penyumbang kepada berlakunya perceraian. Berdasarkan analisis data dari kajian ini mendapati terdapat banyak aduan dan juga kes rumahtangga yang diterima adalah merujuk kepada kesan dari amalan sihir. Ketiadaan peruntukan undang-undang khusus berkaitan amalan sihir dan kaedah pengendalian standard menyukarkan mahkamah menentukan kesahihan dakwaan sihir samada benar atau sebaliknya. Kesannya kepada pasangan yang benar-benar menjadi mangsa perbuatan sihir ini tidak terbela dan keadilan gagal diberikan dengan sewajarnya. Bertitik tolak dari masalah ini, maka keperluan terhadap kajian ini dilakukan sebagai satu penambahbaikan dan sumbangan khususnya kepada institusi perundangan syariah dan juga kepada masyarakat secara amnya. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kes perceraian melibatkan dakwaan sihir, mengenalpasti kelompongan prosedur dalam pengendalian kes dan mencadangkan penambahbaikan melalui prosedur operasi standard pengendalian kes perceraian melibatkan dakwaan sihir. Seramai 16 orang informan dari kalangan hakim yang pernah mengendalikan kes dan juga pasangan yang pernah berurusan di mahkamah dijadikan sampel temubual dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan secara kualitatif bagi memperolehi data untuk dianalisis. Temubual yang dijalankan secara separa berstruktur dan tidak berstruktur sebagai data utama manakala dokumen fail kes mahkamah dan pemerhatian secara langsung dengan pasangan sebagai data sokongan. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa kes perceraian melibatkan dakwaan sihir pemisah ini benar- benar wujud dan berlaku. Di Malaysia, kes-kes yang perceraian melibatkan unsur sihir tidak dibincangkan secara khusus kerana ianya satu perbincangan yang tidak mudah difahami atau sebahagiannya memandang remeh kerana beranggapan sukar untuk dibuktikan. Kajian ini juga menunjukkan wujud kelompongan dalam prosedur dan tatacara pengendalian kes perceraian melibatkan dakwaan sihir dan membuktikan keperluan untuk membangunkan prosedur operasi standard yang khusus. Prosedur operasi standard yang dibangunkan akan dapat membantu mahkamah membuat keputusan yang terbaik dengan kaedah pengendalian yang konsisten jika wujud kes yang sama atau berulang. Perkara yang lebih penting ialah pasangan yang benar-benar mengalami gangguan sihir akan mendapat pembelaan dan keadilan yang sewajarnya. Kajian ini diharap dapat membuka dimensi baru dalam sistem pengendalian kes kekeluargaan dan juga perundangan negara berhubung dengan keterlibatan masyarakat dengan amalan sihir.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Additional Information: | Thesis (Doctor of Philosophy) -- Universiti Malaysia Pahang – 2021, SV: DR MAHYUDDIN BIN ISMAIL, NO. CD: 12998 |
Uncontrolled Keywords: | Sihir pemisah; gangguan sihir |
Subjects: | Q Science > Q Science (General) |
Faculty/Division: | Center for Human Sciences |
Depositing User: | Mrs. Neng Sury Sulaiman |
Date Deposited: | 17 Jun 2022 03:39 |
Last Modified: | 17 Jun 2022 03:39 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/34455 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |