Kajian Masalah Pembelajaran Matematik di kalangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar

Norshafariza, Mamat and Muhammad Nubli, Abdul Wahab (2022) Kajian Masalah Pembelajaran Matematik di kalangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7 (6). pp. 1-16. ISSN 2504-8562. (Published)

[img] Pdf
masalah pembelajaran matematik
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (478kB)

Abstract

Pembelajaran matematik amat penting. Terdapat pelbagai punca kelemahan murid dalam mata pelajaran ini. Salah satu punca utama adalah kelemahan penguasaan konsep asas matematik. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka punca kelemahan pelajar sekolah rendah luar bandar dalam mata pelajaran matematik. Metod kajian menggunakan analisis dokumen skrip jawapan pelajar dalam matematik dan temu bual separa berstruktur dengan guru pakar matematik. Dapatan kajian menunjukkan punca kelemahan pelajar adalah kerana tidak menguasai konsep asas matematik yang merangkumi keseluruhan komponen dalam pembelajaran matematik. Pengagihan soalan matematik dalam taksonomi Bloom lebih menyukarkan pelajar menguasai matematik. Kombinasi soalan matematik yang merangkumi keseluruhan tajuk dalam silibus mengakibatkan keciciran dalam keseluruhan tajuk utama pembelajaran. Tinjauan daripada guru pakar juga mendapati pandangan yang sama dalam pembelajaran matematik. Dapatan kajian menunjukkan tumpuan utama perlu diberikan kepada kefahaman konsep asas dan mempelbagaikan pendekatan pembelajaran matematik. Ini penting untuk membolehkan masalah keciciran dalam mata pelajaran matematik boleh dikurangkan pada masa hadapan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Learning problems, Primary school, Learning techniques, Mathematics
Subjects: L Education > L Education (General)
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Institute of Postgraduate Studies
Depositing User: Prof. Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab
Date Deposited: 06 Jul 2022 03:37
Last Modified: 06 Jul 2022 03:37
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/34578
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item