Penggunaan Teknik Biofeedback berbantukan latihan zikir dalam meningkatkan Skor Koheren dan pencapaian akademik pelajar Program GALUS

Ahmad, Omar and Muhammad Nubli, Abdul Wahab (2021) Penggunaan Teknik Biofeedback berbantukan latihan zikir dalam meningkatkan Skor Koheren dan pencapaian akademik pelajar Program GALUS. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 3 (10). pp. 64-77. ISSN 2289-7216 (Printed); 2600-8815 (Online). (Published)

[img]
Preview
Pdf
03102022 Jurnal 1.pdf

Download (349kB) | Preview

Abstract

Pelajar GALUS adalah kumpulan pelajar yang lemah dalam pelajaran, di mana mereka berada dalam kumpulan murid yang sering gagal dalam ujian.Pelbagai teknik telah digunakan untuk meningkatkan prestasi mereka dalam akademik.Penyelidikan lalu membuktikan bahawa latihan zikir boleh membantu individu meningkatkan daya konsentrasi.Teknik latihan Biofeedback juga membantu individu untuk meningkatkan prestasi kognitif dan konsentrasi. Kajian ini bertujuan untuk mendalami bagaimana teknik latihan zikir dan biofeedback boleh digunakan untuk membantu pelajar yang lemah meningkatkan prestasiskor koheren dan juga prestasi akademik Kajian ini menggunakan modul latihan zikir ‘laillahaillah’ dan pernafasan resonan untuk membantu pelajar meningkatkan skor koheren Heart Rate Variability “HRV”. Penggunaan latihan zikir sebelum ini telah terbukti berupaya membantu individu untuk meningkatkan skor koheren.Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar program GALUS seramai 40 orang dari sekolah-sekolah rendah. Mereka dipilih secara rawak dan dibahagikan sebagai Kumpulan Latihan (n = 20) dan Kumpulan Kawalan (n = 20). Pelajar menjalani tiga sesi latihan zikir dan biofeedback sepanjang 3 minit setiap sesi. Data perubahan diri yang dikumpul melibatkan analisis skor spektrum kuasa VLF, LF, dan HF. Analisis statistik korelasi digunakan untuk mengkaji hubungan antara antara HRV dengan peningkatan akademik pelajar.Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang sangat kuat antara skor HRV pelajar dengan prestasi akademik.Kajian ini menyimpulkan bahawa teknik latihan zikir dan biofeedback boleh dijadikan pendekatan berkesan untuk membantu pelajar lemah dalam meningkatkan skor koheren seterusnya membantu mereka meningkatkan pencapaian akademik.

Item Type: Article
Additional Information: GALUS students are a weak group of students in lessons, where they are in a group of students who often fail the test. Various techniques have been used to improve their academic performance. Past research has shown that the practice of zikr can help individuals increase their concentration. Biofeedback training techniques also help individuals to improve cognitive performance and concentration. This study aims to deepen how zikir and biofeedback training techniques can be used to help weak students improve coherent score performance as well as academic performance This study uses 'laillahaillah' zikir training module and resonant breathing to help students improve coherent score Heart Rate Variability "HRV"
Uncontrolled Keywords: Program Intervensi Akademik: Program GALUS; latihan zikir; latihan Biofeedback
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
R Medicine > RA Public aspects of medicine
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA0421 Public health. Hygiene. Preventive Medicine
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Miss. Ratna Wilis Haryati Mustapa
Date Deposited: 05 Oct 2022 06:33
Last Modified: 05 Oct 2022 06:33
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/35351
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item