Muhammad Salehan Alhafiz, Mat Wajar (2022) Faktor kesihatan mental, kecerdasan spiritual dan demografi ke atas kebahagiaan hidup dan prestasi akademik pelajar. Masters thesis, Universiti Malaysia Pahang (Contributors, Thesis advisor: Rohana, Hamzah).
|
Pdf
Faktor kesihatan mental, kecerdasan spiritual dan demografi ke atas kebahagiaan hidup.ir.pdf - Accepted Version Download (473kB) | Preview |
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh faktor kesihatan mental, kecerdasan spiritual dan demografi ke atas kebahagiaan hidup dan prestasi akademik pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Objektif kajian secara khususnya adalah untuk: (1) mengenal pasti tahap kesihatan mental, tahap kecerdasan spiritual dan tahap kebahagiaan hidup pelajar UMP; (2) menilai pengaruh kesihatan mental dan kecerdasan spiritual terhadap kebahagiaan hidup; (3) menilai pengaruh kebahagiaan hidup terhadap prestasi akademik; (4) mengkaji pengaruh kebahagiaan hidup sebagai faktor mediasi di antara kesihatan mental dan kecerdasan spiritual dengan prestasi akademik; dan (5) menilai perbezaan pada kebahagiaan hidup berdasarkan demografi jantina, tahun pengajian dan agama. Kajian dijalankan secara kuantitatif melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan soalselidik sebagai instrumen kajian ke atas 460 orang responden yang dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah daripada 9121 orang jumlah keseluruhan pelajar Ijazah Sarjana Muda UMP. Analisis deskriptif mendapati 40.2% responden menunjukkan petanda masalah kesihatan mental dengan skor purata GHQ-30 melebihi titik potong (M=6.65). Walau bagaimanapun, majoriti responden didapati mempunyai tahap kecerdasan spiritual (M=3.92) dan tahap kebahagiaan hidup (M=3.82) yang agak tinggi. Analisis korelasi pula menunjukkan bahawa kesihatan mental dan kecerdasan spiritual mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas kebahagiaan hidup dan prestasi akademik. Analisis regresi membuktikan bahawa kebahagiaan hidup tidak mempunyai pengaruh mediasi yang signifikan ke atas hubungan di antara kesihatan mental dengan prestasi akademik. Walau bagaimanapun, kebahagiaan hidup bertindak sebagai mediator separuh ke atas hubungan di antara kecerdasan spiritual dan prestasi akademik. Ujian t dan ANOVA pula mendapati tahap kebahagiaan pelajar berbeza mengikut jantina tetapi tidak dipengaruhi oleh faktor tahun pengajian dan agama. Secara keseluruhannya, kajian ini telah menyumbang kepada kekurangan dalam literatur mengenai tahap kesihatan mental, kecerdasan spiritual dan kebahagiaan hidup dalam konteks pelajar universiti di Malaysia khususnya di UMP. Hasil kajian juga dilihat mengukuhkan dapatan teori lepas mengenai kaitan di antara faktor kesihatan mental, kecerdasan spiritual dan demografi (jantina, tahun pengajian dan agama) dengan kebahagiaan hidup serta prestasi akademik pelajar. Selain itu, model yang dibina dalam kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk memahami bagaimana kebahagiaan hidup dan prestasi akademik pelajar boleh ditingkatkan melalui amalan gaya hidup yang boleh meningkatkan kesihatan mental dan kekuatan rohani mereka.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Thesis (Master of Science) -- Universiti Malaysia Pahang – 2022, SV: DR ROHANA BINTI HAMZAH, NO. CD: 13135 |
Uncontrolled Keywords: | kesihatan mental, kecerdasan spiritual, kebahagiaan hidup, prestasi akademik pelajar |
Subjects: | Q Science > Q Science (General) |
Faculty/Division: | Institute of Postgraduate Studies Center for Human Sciences |
Depositing User: | Mr. Nik Ahmad Nasyrun Nik Abd Malik |
Date Deposited: | 12 Dec 2022 08:07 |
Last Modified: | 01 Nov 2023 08:07 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/35898 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |