Etos Kesultanan Pahang Dalam Era Pemerintahan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, 1974-2019

Wan Nazrul Helmy, Wan Mohd Zain and Nizamuddin, Alias (2022) Etos Kesultanan Pahang Dalam Era Pemerintahan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, 1974-2019. In: Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social Sciences 20th , 3 – 4 Dec 2022 , Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. pp. 29-39.. ISSN 2682-8855

[img]
Preview
Pdf
(Wan Nazrul Helmy & Nizamuddin Alias, 2022) Etos Kesultanan Pahang Dalam Era Pemerintahan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, 1974-2019.pdf

Download (310kB) | Preview

Abstract

Sejak pengasasannya oleh Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah ibni Bendahara Siwa Raja Tun Ali pada 6 Ogos 1882, Kesultanan Pahang yang wujud pada hari ini telah melalui evolusi di bawah pemerintahan enam orang Sultan iaitu Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah (1882-1914), Sultan Mahmud (1914-1917), Sultan Abdullah Al-Mu'tassim Billah (1917-1932), Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah (1932-1974), Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (1974-2019) dan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2019-kini). Sebagai Sultan Pahang kelima, era pemerintahan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah selama 45 tahun merupakan yang terpanjang setakat ini dalam sejarah Kesultanan Pahang dan telah turut dicorakkan dengan gaya kepimpinan tersendiri berdasarkan falsafah 'Raja dan rakyat berpisah tiada, Raja dan rakyat sehati sejiwa'. Dalam konteks kedudukan Pahang sebagai salah satu daripada sembilan negeri beraja yang bersekutu dalam negara Malaysia, Sultan Haji Al-Musta'in Billah telah berperanan secara signifikan dalam mencorakkan etos Kesultanan Pahang melalui kebijaksanaan, kepimpinan dan kewibawaannya sebagai raja berperlembagaan yang dibatasi oleh Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang. Walaupun dari segi prinsipnya, seseorang Raja itu memerintah tetapi tidak mentadbir secara langsung dalam sifat kenegaraan Malaysia yang berteraskan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah menyerlahkan hemah, hikmah dan keterampilan dalam beberapa peristiwa demi mengimbangi parameter diraja dan kuasa pihak eksekutif. Menerusi penerokaan era pemerintahan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, kertas ini menampilkan sorotan terhadap faktor keturunan, kekeluargaan, kepimpinan negeri serta kestabilan nasional di bawah naungan baginda sebagai Sultan Pahang pertama yang menaiki takhta selepas kemerdekaan Malaysia dan Sultan Pahang pertama yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia dengan merumuskan impaknya kepada etos Kesultanan Pahang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: kerajaan; Kesultanan Pahang; negeri Pahang; raja berperlembagaan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
J Political Science > JQ Political institutions Asia
Faculty/Division: Faculty of Industrial Management
Depositing User: Mr. Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain
Date Deposited: 14 Aug 2023 05:05
Last Modified: 14 Aug 2023 05:05
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/36665
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item