Amer Hudhaifah, Hamzah and Wan Ahmad Fauzi, Wan Husain (2022) Batu Tarsilah Sebagai Alat Kebesaran dan Kedaulatan: Salasilah Raja Brunei Dinilai dari Segi Ilmu Nasab Islam [Batu Tarsilah Being Regalia And Symbol Of Sovereign: The Pedigree Of Brunei Sultanate Viewed From Islamic Lineage Perspective]. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari (JIMK), 23 (3). pp. 245-272. ISSN 1985-7667. (Published)
|
Pdf
Batu Tarsilah Sebagai Alat Kebesaran dan Kedaulatan.pdf Download (760kB) | Preview |
Abstract
Batu Tarsilah merupakan salah satu daripada tiga sumber utama salasilah raja Brunei. Ia adalah batu bersurat dengan catatan tarikh 1221H/1807M sementara dua sumber yang lain ialah riwayat lisan dan dokumen sejarah, termasuk manuskrip Melayu. Tetapi sebagai sumber yang langka, Batu Tarsilah tidak semestinya memberi info yang lengkap. Oleh sebab itu, ia memerlukan unsur lain yang memperkukuh dan memperjelas maklumat sedia ada. Melalui artikel ini, kajian berusaha mentafsir Batu Tarsilah berdasarkan ilmu nasab Islam, khususnya istifadah (ضة َاَتفِس ْا ,(bagi mengabsahkan kedaulatan raja Brunei. Hasil analisis komparatif dan kritikan konteks, Batu Tarsilah dianggap sumber terpercaya dalam menentukan status ahl al-bayt raja-raja Melayu. Penghasilannya didahului oleh sumber lisan sebelum ditulis di atas kertas, kemudian diukir pada batu untuk mewakili pandangan rasmi pemerintah Brunei. Batu Tarsilah juga mengabsahkan hubungan kekerabatan raja Brunei dengan ahl al-bayt Rasulullah s.a.w., begitu juga bangsa Quraysh umumnya sekaligus memperakui kedaulatan mereka sebagai pemimpin umat berdasarkan ijma’ para fuqaha. Berdasarkan dapatan ini, maka wajarlah Batu Tarsilah diangkat sebagai simbol kebesaran kerajaan Brunei.
Item Type: | Article |
---|---|
Additional Information: | Indexed by MY CITE |
Uncontrolled Keywords: | Batu Tarsilah, alat kebesaran diraja, kedaulatan institusi istana, salasilah raja Brunei, ilmu nasab Islam |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) |
Faculty/Division: | Faculty of Industrial Management |
Depositing User: | PM. Dr. Wan Ahmad Fauzi Hashim @ Wan Husain |
Date Deposited: | 20 Feb 2023 09:22 |
Last Modified: | 20 Feb 2023 09:22 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/36687 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |