Hasnah, Hussiin (2023) Permasalahan yang dihadapi oleh British semasa menduduki Tanah Melayu dari kacamata British 1786-1957. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 8 (1). pp. 36-41. ISSN 2289-7216. (Published)
|
Pdf
Permasalahan yang dihadapi oleh British semasa menduduki Tanah Melayu.pdf Available under License Creative Commons Attribution. Download (263kB) | Preview |
Abstract
Pendudukan British di Tanah Melayu adalah antara topik paling penting dalam sejarah negara ini. Pendudukan British telah meninggalkan banyak kesan sama ada dari aspek politik, ekonomi, sosial, budaya dan pemikiran masyarakat di negara ini yang mana kesannya boleh dilihat sehingga ke hari ini. Persoalannya, apakah pendudukan British di negara ini berjalan dengan lancar dan tiada masalah?. Kajian ini dilakukan bagi melihat apakah masalah-masalah yang mana ia diakui sendiri oleh pegawai British yang mewakili orang British dan ternyata British juga mempunyai beberapa kelemahan dalam mentadbir dan menaungi Tanah Melayu. Tanpa kerjasama pemerintah dan rakyat, British tidak mampu menduduki dan memerintah negara ini selama beratus tahun. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kepustakaan berdasarkan laporan yang direkodkan oleh pegawai British di Tanah Melayu bertarikh 1954.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | British; Tanah Melayu; Administration; Problematic with Communism; Communism |
Subjects: | D History General and Old World > DS Asia |
Faculty/Division: | Center for Human Sciences |
Depositing User: | Mrs Norsaini Abdul Samat |
Date Deposited: | 14 Jun 2023 04:54 |
Last Modified: | 14 Jun 2023 04:54 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37808 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |