Perkembangan Konservatisme di Türkiye Pengajaran Buat Kelestarian Islam di Malaysia

Muhammad Khalis, Ibrahim and Mohd Roslan, Mohd Nor (2022) Perkembangan Konservatisme di Türkiye Pengajaran Buat Kelestarian Islam di Malaysia. Journal of Al-Tamaddun, 17 (2). pp. 113-126. ISSN 1823-7517. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Perkembangan Konservatisme di Türkiye Pengajaran Buat Kelestarian Islam di Malaysia.pdf - Published Version

Download (724kB) | Preview

Abstract

Konservatisme merupakan falsafah politik yang cenderung memelihara tradisi dan menolak perubahan secara drastik. Türkiye mempunyai pengalaman politik konservatisme yang panjang kesan daripada sekularisasi secara radikal oleh rejim Kemalis. Parti Keadilan dan Pembangunan (Adalet ve Kalkınma Partisi-AK PARTİ) merupakan entiti mutakhir yang mempelopori politik konservatisme di Türkiye. Meskipun mempunyai banyak perbezaan, Türkiye dan Malaysia berkongsi persamaan sebagai negara Muslim yang progresif, moden dan demokratik. Makalah ini bertujuan untuk membincangkan politik konservatisme AK PARTİ dan menganalisis sejauh manakah ia boleh dijadikan contoh bagi kelestarian Islam di Malaysia. Untuk memenuhi objektif ini, sumber-sumber primer dan sekunder yang berkait dengan wacana konservatisme AK PARTİ telah dirujuk untuk dijadikan asas analisis pengajaran yang boleh diambil bagi kelestarian Islam di Malaysia. Metode analisis komparatif juga telah digunakan bagi membandingkan antara konteks Türkiye dan Malaysia untuk memahami limitasi pengajaran yang boleh diambil oleh Malaysia berpandukan kepada pengalaman konservatisme di Türkiye. Sebagai sebuah parti berideologi demokrasi konservatif, AK PARTİ berjaya membawa politik konservatisme dalam kerangka demokrasi moden. Kejayaan ini merupakan hasil sintesis antara tuntutan-tuntutan konservatisme dan demokrasi yang dilakukan. Politik konservatisme di Türkiye boleh dijadikan contoh buat Malaysia, lebih-lebih lagi dalam memelihara Islam sebagai agama persekutuan, keberadaan institusi raja, identiti Melayu-Islam dan intipati sebenar Islam sebagai daya penyatu masyarakat. Makalah ini menghujahkan bahawa bagi konteks Malaysia, konservatisme merupakan falsafah politik yang penting untuk terus dipegang bagi memelihara keharmonian dan kerukunan masyarakat majmuk.

Item Type: Article
Additional Information: Indexed by Scopus
Uncontrolled Keywords: Konservatisme, Türkiye, Malaysia, kelestarian Islam, AK PARTİ
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Miss Amelia Binti Hasan
Date Deposited: 21 Jun 2023 00:17
Last Modified: 21 Jun 2023 00:17
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37839
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item