Kajian Penggunaan Permainan Puzzle dan Latihan Biofeedback Dalam Meningkatkan Prestasi Matematik Pelajar Sekolah Rendah

Ahmad, Omar and Muhammad Nubli, Abdul Wahab (2022) Kajian Penggunaan Permainan Puzzle dan Latihan Biofeedback Dalam Meningkatkan Prestasi Matematik Pelajar Sekolah Rendah. Sains Insani, 7 (2). pp. 31-39. ISSN 0127-7871. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Kajian Keberkesanan Permainan Puzzle dan Latihan Biofeedback dalam Meningkatkan Prestasi Pelajar Sekolah Rendah.pdf
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (334kB) | Preview

Abstract

Pelbagai teknik telah digunakan untuk meningkatkan prestasi pelajar yang lemah dalam pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mendalami bagaimana teknik latihan permainan Puzzle dan latihan Biofeedback boleh digunakan untuk membantu pelajar bagi meningkatkan prestasi skor koheren dan juga prestasi akademik. Kajian lalu membuktikan bahawa latihan permainan puzzle boleh membantu individu meningkatkan daya konsentrasi dan juga teknik latihan Biofeedback juga membantu individu untuk meningkatkan prestasi kognitif dan konsentrasi mereka. Sampel kajian ini terdiri daripada 40 orang pelajar yang berpencapaian rendah dari sekolah rendah di daerah Jerantut, Pahang. Mereka dipilih secara rawak dan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Kumpulan Latihan (n=20) dan Kumpulan Kawalan (n=20). Pelajar menjalani 2 sesi latihan permainan puzzle dan latihan Biofeedback sepanjang 3 minit setiap sesi. Data perubahan diri yang dikumpul melibatkan analisis skor spektrum kuasa VLF, LF, dan HF. Analisis data min skor spektrum HRV dan ujian pra/pos digunakan untuk melihat peningkatan skor HRV dan peningkatan akademik pelajar. Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan dalam skor HRV pelajar dan prestasi akademik bagi pelajar yang mengikuti latihan permainan Puzzle dan latihan Biofeedback berbanding pelajar yang tidak mengikut latihan. Kajian ini menyimpulkan bahawa teknik latihan permainan Puzzle dan latihan Biofeedback boleh dijadikan pendekatan berkesan untuk membantu pelajar lemah dalam meningkatkan skor koheren seterusnya membantu mereka meningkatkan pencapaian akademik.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: latihan biofeedback; Latihan Permainan Puzzle; Latihan Pernafasan Resonan; Matematik; Pelajar Sekolah Rendah
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
L Education > L Education (General)
T Technology > T Technology (General)
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Administrator admin
Date Deposited: 22 Jun 2023 02:55
Last Modified: 22 Jun 2023 02:55
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37845
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item