Mohd Suhardi, Mat Jusoh and Noorhuzaimi@Karimah, Mohd Noor and Rashidi, Abbas and Mohd Nasir, Ayub (2022) Aplikasi Latihan Spiritual Islam Secara Digital Dalam Program Pembangunan Pelajar Di Universiti Malaysia Pahang. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7 (45). pp. 310-319. ISSN 0128-1755. (Published)
|
Pdf
Aplikasi Latihan Spiritual Islam Secara Digital Dalam Program Pembangunan Pelajar Di Universiti Malaysia Pahang.pdf Download (406kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini adalah untuk menilai tahap kebolehgunaan dan keberkesanan aplikasi latihan spiritual Islam berbantukan modul digital latihan tazkiyah al-nafs dalam program pembangunan spiritual pelajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Reka bentuk kajian ini berbentuk kajian penerokaan berasaskan pendekatan kajian kualitatif iaitu data-data kajian dikumpul dari laporan refleksi program dan kajian temubual dengan peserta-peserta program latihan spiritual Islam. Seramai 15 orang peserta telah terlibat dalam program latihan ini dan responden kajian telah dipilih secara persampelan tujuan bagi tujuan penilaian aplikasi latihan. Data-data kualitatif telah dianalisis secara induktif bagi menjawab soalan-soalan kajian apakah, bagaimanakah dan sejauhmanakah dalam konteks kajian kualitatif. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan aplikasi latihan spiritual Islam berbantukan modul digital ini dapat diaplikasi dan memberi impak yang sangat positif kepada setiap peserta. Akhirnya, kajian ini merumuskan bahawa aplikasi latihan spiritual Islam berbantukan modul digital amat sesuai diaplikasikan dalam program pembangunan spiritual pelajar bagi mempertingkatkan nilai kualiti spiritual dan kesejahteraan diri pelajar.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Modul digital; Latihan Spiritual Islam; Konsistensi |
Subjects: | L Education > L Education (General) Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software |
Faculty/Division: | Center for Human Sciences Faculty of Computing |
Depositing User: | Miss Amelia Binti Hasan |
Date Deposited: | 04 Jul 2023 02:22 |
Last Modified: | 04 Jul 2023 02:22 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37906 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |