Pelaksanaan dan Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Falsafah dan Isu Semasa dalam Kalangan Pelajar di Universiti Malaya

Faezah, Kassim and Noor Ain, Mat Noor and Muhammad Shamshinor, Abdul Azzis and Irene Yong, Seok Ching and Mohd Rahimi, Ramli (2023) Pelaksanaan dan Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Falsafah dan Isu Semasa dalam Kalangan Pelajar di Universiti Malaya. Sains Insani, 8 (1). pp. 15-24. ISSN 0127-7871. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Pelaksanaan dan Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Kursus FIS dalam Kalangan Pelajar di UM- Sains Insani.pdf
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (333kB) | Preview

Abstract

Kursus Falsafah dan Isu Semasa merupakan kursus wajib universiti di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang mula diperkenalkan pada tahun 2020. Kursus ini merupakan kursus yang dibangunkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang Ilmu falsafah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Pelaksanaan kursus yang berpandukan kepada Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs) juga diaplikasi di dalam kursus ini. Namun begitu, penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan kepada pelaksanaan HIEPs kerana terdapat pengajaran dan pembelajaran (PdP) tertentu seperti aktiviti bersemuka dan kerja lapangan terpaksa dihentikan dan digantikan dengan PdP dalam talian. Bagi meninjau keberkesanan kaedah PdP dalam talian, kajian telah dijalankan terhadap pelajar Universiti Malaya (UM) yang telah mengambil kursus FIS. Tujuan kajian ini dilakukan untuk menjelaskan pelaksanaan PdP secara dalam talian serta mengenal pasti keberkesanan kursus FIS di Universiti Malaya melalui kaedah PdP tersebut. Pendekatan kajian kuantitatif dengan kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini melalui edaran borang soal selidik kepada responden. Kaedah persampelan mudah telah digunakan dalam menentukan sampel kajian. Seramai 1371 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Data yang diperoleh daripada borang soal selidik dianalisis secara deskriptif bagi menentukan keberkesanan PdP secara dalam talian. Hasil dapatan kajian menunjukkan PdP dalam talian yang menggunakan pelbagai aplikasi dapat diterima serta proses PdP tersebut berkesan terhadap pelajar. Walau bagaimanapun, pelajar lebih menyukai PdP yang dilakukan secara bersemuka. Oleh itu, PdP secara bersemuka perlu disegerakan supaya keberkesanan PdP dapat ditingkatkan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Keberkesanan; PdP dalam talian; pelajar; Covid-19; Universiti Malaya
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Miss Amelia Binti Hasan
Date Deposited: 04 Jul 2023 05:21
Last Modified: 04 Jul 2023 05:21
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37917
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item