Penilaian terhadap gagasan negara islam pas berdasarkan dokumen negara islam 2003

Mujahidul Amin, Roslan (2023) Penilaian terhadap gagasan negara islam pas berdasarkan dokumen negara islam 2003. Masters thesis, Universiti Malaysia Pahang (Contributors, Thesis advisor: Mansor, Sulaiman).

[img]
Preview
Pdf
ir.Penilaian terhadap gagasan negara islam pas berdasarkan dokumen negara islam 2003.pdf - Accepted Version

Download (825kB) | Preview

Abstract

Dalam sejarah politik Malaysia, isu mengenai negara Islam merupakan antara isu yang kontroversi dan seolah-olah tiada berkesudahan. Isu negara Islam ini bukan hanya telah mencetuskan perdebatan dan pertentangan tiada berkesudahan di antara orang Islam dengan bukan Islam sahaja, malah mengheret juga perdebatan sesama orang Islam. Pertikaian ini tidak hanya semata-mata tertumpu kepada jenama negara Islam semata, tetapi juga dilihat sebagai matlamat dan faktor pembeza antara parti Islam mahupun sebaliknya, malah turut berkisar kepada perkara-perkara yang mengitarinya seperti konsep, ciri-ciri, takrifan, tafsiran, skop mahupun strategi dalam pengisian sebuah negara Islam. Kajian analisis ini memberikan fokus kepada kajian konsep negara Islam gagasan PAS untuk merungkai persoalan apakah sebenarnya idea dan konsep negara Islam yang digagaskan oleh PAS dengan menganalisis Dokumen Negara Islam yang telah diterbitkan sendiri oleh PAS pada tahun 2002. Kajian ini juga akan menganalisis sejauh mana usaha PAS dalam menterjemahkan gagasan negara Islam mereka ini kepada dasar, strategi, polisi mahupun perlaksanaan dengan memberikan fokus kepada dasar Wawasan Induk Negara Sejahtera, polisi Dokumen Hijau dan pendekatan politik Budaya Matang dan Sejahtera (BPMS) yang telah PAS lahirkan sebagai produk mereka untuk ditawarkan kepada negara dan rakyat. Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini telah melibatkan temu bual bersama beberapa kepimpinan utama PAS, AMANAH, pakar rujuk sains politik Islam dan kepimpinan kerajaan negeri di bawah pemerintahan PAS. Secara keseluruhannya, kajian yang telah dijalankan menggunakan teknik kajian analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual semi berstruktur ini mendapati PAS sememangnya telah merangka suatu konsep dan gagasan negara Islam yang umum dan jelas susunannya. Namun, dari aspek pelaksanaannya hanya dilaksanakan secara tidak langsung di dalam pentadbiran yang dikuasai oleh PAS dan tidak dapat dilaksanakan secara terus dan jelas seperti mana yang telah mereka gagaskan di dalam Dokumen Negara Islam.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (Master of Science) -- Universiti Malaysia Pahang – 2023, SV: Prof Madya Dr. Mansor bin Sulaiman, NO.CD: 13388
Uncontrolled Keywords: Negara Islam, Konsep Negara Islam PAS, Dokumen Negara Islam PAS, Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS), Dokumen Hijau, Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Mr. Nik Ahmad Nasyrun Nik Abd Malik
Date Deposited: 25 Aug 2023 02:18
Last Modified: 25 Aug 2023 02:18
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/38490
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item