Kajian peningkatan sistem siaraya si ruang solat utama, Masjid Intan Abu Bakar, Sri Pulai

Shaiful Bahari, Mohamad Norani (1999) Kajian peningkatan sistem siaraya si ruang solat utama, Masjid Intan Abu Bakar, Sri Pulai. Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
Pdf
SHAIFUL BAHARI BIN MOHAMAD NORANI.pdf - Accepted Version

Download (3MB) | Preview

Abstract

Penggunaan sistem siaraya amat penting untuk memberikan kejelasan dan keselesaan pendengaran kepada para pendengar ketika sesuatu majlis dilangsungkan. Tujuan penggunaan sistem siaraya ini adalah untuk meninggikan aras bunyi agar dapat didengar oleh para pendengar yang memenuhi sesuatu kawasan sama ada ruang terbuka mahupun ruang tertutup. Namun begitu, aspek utama dalam sesuatu sistem siaraya adalah penggunaan rangkaian komponen sistem siaraya itu sendiri dan cara susunatur pembesar suara supaya bunyi yang dihasilkan akan disebarkan secara seragam kepada kawasan pendengar. Justeru itu, kajian dan penyelidikan projek ini telah difokuskan untuk menganalisa permasalahan semasa ruang solat utama di Masjid lntan Abu Bakar, Sri Pulai. Berdasarkan dari keputusan kajian, maka cadangan peningkatan sistem siaraya akan diusulkan bertujuan untuk memperbaiki kelemahan sistem siaraya yang sedia ada. Cadangan peningkatan tersebut mencakupi rekabentuk terbaru penggunaan rangkaian komponen sistem siaraya dan kaedah susunatur pembesar suara di ruang solat utama masjid dengan menggunakan semula salah satu daripada 3 jenis pembesar suara sedia ada. Pemilihan pembesar suara mestilah mengambilkira prestasi dan spesifikasi pembesar suara itu sendiri yang melibatkan ciri-ciri pengarahan kutub, kepekaan dan kesan taburan SPL di ruang solat masjid. Sesungguhnya, rekabentuk baru ini telah memberikan dimensi baru dalam peningkatan sistem siaraya di masjid tersebut dengan menepati ciri-ciri akustik yang terdapat di ruang solat utama masjid.

Item Type: Undergraduates Project Papers
Additional Information: Project paper (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik) Universiti Teknologi Malaysia - 1999, SV: PM Ir. Haji Ahmad Khan bin Haji Said
Uncontrolled Keywords: Loudspeakers, Electroacoustic transducers
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Depositing User: Mr. Nik Ahmad Nasyrun Nik Abd Malik
Date Deposited: 23 Oct 2023 02:28
Last Modified: 23 Oct 2023 02:28
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/38954
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item