Rekabentuk pembesar suara talian penghantaran (transmission-line/labyrinth)

Habsah, Yusof (1997) Rekabentuk pembesar suara talian penghantaran (transmission-line/labyrinth). Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
Pdf
HABSAH BTE YUSOF.pdf - Accepted Version

Download (1MB) | Preview

Abstract

Pembesar suara adalah peringkat yang terakhir di dalam satu rantaian audio dan walau bagaimana baik atau tinggi kualiti bunyi bagi sistem tersebut, hasilnya ialah apa yang dapat kita dengar keluar dari pembesar suara ini. Kebanyakan pengguna-pengguna audio, kadang-kadang tidak begitu kisah untuk mengetahui tentang faktor-faktor yang membuatkan atau menjadi kunci kepada mutu bunyi yang dikeluarkan oleh pembesar suara. Kombinasi antara komponen pemacu, rekabentuk kabinet dan pemasangan pendawaian serta susunatur kedudukan pembesar suara akan dapat memberikan hasil yang memuaskan. Pembesar suara talian penghantaran atau dipanggil juga labirin bertujuan untuk memberikan satu pilihan rekabentuk pembesar suara yang boleh dibina dengan harga yang murah, rekabentuk yang cantik, bunyi bass yang asli, panjang dan tidak ditekan. Penggunaan bahan-bahan tambahan seperti adunan konkrit, jubin seramik, laluan bagi frekuensi yang panjang akan dapat mencapai matlamat ini dan menjadikan rekabentuk ini mempunyai kelainan dari rekabentuk yang ada di dalam pasaran.

Item Type: Undergraduates Project Papers
Additional Information: Project paper (Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)) 1997, SV: Prof. Madya Dr. Hj. Mat Jizat bin Abdol
Uncontrolled Keywords: Loudspeakers -- Design and construction
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Depositing User: Mr. Nik Ahmad Nasyrun Nik Abd Malik
Date Deposited: 23 Oct 2023 04:40
Last Modified: 23 Oct 2023 04:40
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/38968
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item