Kajian terhadap "merekabentuk dan menghasilkan prototaip sistem pembesar suara dengan perisian komputer"

Mohd Rasyid, Hussin (1998) Kajian terhadap "merekabentuk dan menghasilkan prototaip sistem pembesar suara dengan perisian komputer". Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
Pdf
MOHD RASYID BIN HUSSIN.pdf - Accepted Version

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tujuan projek ini adalalah untuk mengetahui proses merekabentuk dan pembinaan satu sistem pembesar suara dua hala jenis berliang. Pembesar suara adalah satu peranti yang terdapat di dalam alat-alat elektronik dimana ia biasa digunakan pada set penerimaan radio, televisyen dan sebagainya yang mana ia berfungsi untuk menukarkan dedenyut elektrik kepada gelombang bunyi. Proses merekabentuk sistem pembesar suara ini dilakukan dengan bantuan perisian komputer dimana perisian ini memudahkan proses pembinaannya. Perisian yang digunakan untuk projek ini adalah "MACSPEAKERS" Perisian ini digunakan untuk menganalisa sambutan sistem pembesar suara yang direka itu secara teori. Bagi mendapatkan hasil sambutan secara praktikal beberapa ujian dilakukan pada sistem pembesar suara yang telah siap dibina. Secara keseluruhannya, penggunaan perisian ini dapat menghasilkan satu sistem pembesar suara dua hala jenis berliang dimana ia mempunyai ciri-ciri yang yang dapat memberikan satu persembahan yang baik. Hasil dari ujikaji yang dijalankan untuk mendapatkan sambutan bagi sistem pembesar suara yang dibina ini secara praktikal dapat memenuhi kehendak sambutan secara teori. Sebagai tambahan, projek ini juga menerangkan secara terperinci bagaimana parameter-parameter bagi sesuatu pemacu yang digunakan itu diperolehi.

Item Type: Undergraduates Project Papers
Additional Information: Project paper (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik) -- Universiti Teknologi Malaysia - 1998, SV: Shaikh Nasir bin Shaikh Abd Rahman
Uncontrolled Keywords: Loudspeakers, Acoustical engineering
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Depositing User: Mr. Nik Ahmad Nasyrun Nik Abd Malik
Date Deposited: 23 Oct 2023 06:29
Last Modified: 23 Oct 2023 06:29
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/38971
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item