Pembinaan modul latihan pengukuhan kepulihan berasaskan psikospiritual islam dan kesannya ke atas ciri-ciri kepulihan orang kena pengawasan (okp)

Mohd Hefzan, Azmi (2023) Pembinaan modul latihan pengukuhan kepulihan berasaskan psikospiritual islam dan kesannya ke atas ciri-ciri kepulihan orang kena pengawasan (okp). PhD thesis, Universiti Malaysia Pahang (Contributors, Thesis advisor: Muhammad Nubli, Abdul Wahab).

[img]
Preview
Pdf
ir.Pembinaan modul latihan pengukuhan kepulihan berasaskan psikospiritual islam dan kesannya ke atas ciri-ciri kepulihan orang kena pengawasan (okp).pdf - Accepted Version

Download (458kB) | Preview

Abstract

Berlakunya kes penagihan berulang yang tinggi terhadap OKP telah memberi cabaran terhadap program pemulihan yang sedia ada. Bagi menjalankan aktiviti pemulihan terhadap OKP, penggunaan modul sebagai alat sokong bantu adalah satu keperluan. Kurangnya kajian dalam ruang lingkup penggunaan modul berasaskan psikospiritual Islam terhadap OKP telah membuka ruang untuk kajian ini dijalankan. Oleh itu kajian ini memberi fokus kepada membina Modul Latihan Pengukuhan Kepulihan (MLPK) berasaskan psikospiritual Islam yang bertujuan membantu OKP dalam meningkatkan ciri-ciri kepulihan. Modul ini dibina berdasarkan Model Pembinaan Modul Sidek (2005) yang menggunakan asas teori dari Model Tazkiyah an-Nafs al-Ghazali sebagai landasan pembinaan modul. Kajian deskriptif digunakan yang melibatkan pembinaan modul MLPK bagi menilai aspek kesahan dan kebolehpercayaan modul. Kajian keperluan pembinaan modul turut dijalankan secara temu bual terhadap pegawai AADK dan OKP serta analisis dokumen turut dijalankan bagi menjelaskan keperluan tersebut. Bagi menguji keberkesanan modul, reka bentuk kajian kuasi ekperimen yang melibatkan 40 orang OKP dengan kumpulan latihan seramai 20 orang dan kumpulan kawalan seramai 20 orang. Persampelan secara bertujuan dilakukan ke atas populasi OKP sekitar daerah Kuantan. Ujian pra dan pos telah ditadbir untuk menentukan keberkesanan modul melalui tiga set soal selidik yang mewakili ciri-ciri kepulihan iaitu Skala Religiositi, Skala Keyakinan Diri dan Skala Ketahanan Diri. Di samping itu, untuk melihat kesan latihan zikir teknik biofeedback, skor HRV direkodkan bagi ujian pra dan ujian pos. Kaedah temu bual turut dijalankan ke atas tiga sampel kajian dari kumpulan latihan untuk menilai maklum balas kesan modul. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan ujian-t pada aras signifikan 0.05. Dapatan menunjukkan nilai kesahan kandungan modul ialah 0.92 dan nilai kebolehpercayaan modul secara keseluruhan ialah 0.898. Dapatan analisis ujian-t mendapati secara keseluruhan terdapat perbezaan yang signifikan pada skor ujian pos selepas latihan apabila berlakunya peningkatan kepada ciri-ciri kepulihan bagi kumpulan latihan. Analisis statistik korelasi turut digunakan untuk mengkaji hubungan antara peningkatan skor ciri-ciri kepulihan dan HRV. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara peningkatan ciri-ciri kepulihan dan profil HRV dalam kalangan sampel kajian. Ini menunjukkan bahawa OKP yang mempunyai keupayaan pengawalan diri yang baik mampu meningkatkan ciri-ciri kepulihan untuk terus kekal pulih. Namun begitu untuk melihat kesan latihan zikir teknik biofeedback dan tanpa teknik biofeedback, tiga skor bacaan dikumpulkan bermula dengan bacaan asas (HF1), latihan 1 zikir teknik biofeedback (HF2) dan latihan 2 zikir teknik biofeedback (HF3). Data skor HRV dikumpulkan untuk melalui analisis ANOVA sehala terhadap skor skala ciri-ciri kepulihan. Hasil analisis menunjukkan, kumpulan latihan menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam semua pengukuran. Keputusan signifikan yang sama tidak wujud dalam kumpulan kawalan. Implikasi kajian ini secara langsung dapat membuktikan kesan latihan modul berasaskan psikospiritual Islam memberi kesan yang signifikan terhadap perubahan diri. Kesimpulannya modul MLPK ini dapat membantu meningkatkan ciri-ciri kepulihan yang merangkumi religiositi, keyakinan diri dan ketahanan diri dalam kalangan OKP.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Thesis (Doctor of Philosophy) -- Universiti Malaysia Pahang – 2023, SV: Prof. Dr. Muhammad Nubli bin Abdul Wahab, NO.CD: 13318
Uncontrolled Keywords: psikospiritual Islam, Model Pembinaan Modul Sidek (2005)
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Mr. Nik Ahmad Nasyrun Nik Abd Malik
Date Deposited: 11 Dec 2023 03:51
Last Modified: 11 Dec 2023 03:51
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/39583
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item