Nur Yani, Che Hussin (2023) Kesan teknik tafakur terhadap keadaan emosi negatif dan kebolehubahan kadar degupan jantung dalam kalangan mahasiswa. PhD thesis, Universiti Malaysia Pahang (Contributors, Thesis advisor: Muhammad Nubli, Abdul Wahab).
|
Pdf
ir.Kesan teknik tafakur terhadap keadaan emosi negatif dan kebolehubahan kadar degupan jantung dalam kalangan mahasiswa.pdf - Accepted Version Download (569kB) | Preview |
Abstract
Keadaan emosi negatif khususnya dalam kalangan mahasiswa meningkat dari semasa ke semasa. Sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai teknik diperkenalkan untuk mengatasi tekanan tersebut. Bagaimanapun, teknik yang menekankan pendekatan aspek psikologi, fisiologi dan spiritual masih perlu diketengahkan. Tujuan kajian ini ialah melihat kesan teknik tafakur terhadap keadaan emosi negatif dan kebolehubahan kadar degupan jantung dalam kalangan mahasiswa. Objektif kajian ialah mengukur tahap keadaan emosi negatif dalam kalangan mahasiswa berdasarkan jantina, umur, fakulti pengajian, aliran pembelajaran dan pendapatan keluarga, mengukur kesan tafakur terhadap kesan teknik tafakur terhadap tahap keadaan emosi negatif dalam kalangan mahasiswa berdasarkan ujian pra dan pos kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan, mengukur kesan teknik tafakur visual, tafakur auditori dan tafakur pertuturan terhadap kebolehubahan kadar degupan jantung dalam kalangan mahasiswa berdasarkan ujian pra dan pos kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan serta mengukur perbezaan kesan tafakur antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan terhadap tahap keadaan emosi negatif dan kebolehubahan kadar degupan jantung. Reka bentuk kajian yang dijalankan ialah kajian tinjauan dan kajian kuasi eksperimen. Kajian ini menggunakan alat ukur soal selidik Depression Anxiety Stress Scale (DASS) untuk mengukur keadaan emosi negatif dan emwave biomaklum balas bagi mengukur perubahan kebolehubahan kadar degupan jantung. Seramai 150 orang mahasiswa terlibat dengan kajian tinjauan dan 30 orang mahasiswa untuk kajian kuasi eksperimen melibatkan tiga fakulti iaitu Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Pengurusan dan Informatik, Fakulti Pengajian Bahasa dan Asasi. Data telah dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS21) secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap kebimbangan ialah paling tinggi. Selain itu, mahasiswa lelaki menunjukkan tekanan, kebimbangan dan kemurungan lebih tinggi berbanding mahasiswa perempuan, mahasiswa yang berumur 30 tahun ke atas menunjukkan tekanan, kebimbangan dan kemurungan lebih tinggi, Fakulti Pengajian Bahasa dan Asasi (FOLAFS) menunjukkan keadaan emosi negatif berbentuk tekanan dan kemurungan lebih tinggi, mahasiswa yang dari sekolah aliran biasa menunjukkan tekanan dan kebimbangan lebih tinggi berbanding mahasiswa dari aliran agama dan mahasiswa pendapatan keluarga yang rendah menunjukkan tekanan lebih tinggi. Dalam ujian pra dan pos terdapat kesan signifikan tafakur terhadap tekanan, terdapat perbezaan signifikan untuk tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Seterusnya, terdapat kesan signifikan tafakur visual, tafakur auditori dan tafakur pertuturan bagi bacaan pra dan pos LF dan VLF. Seterusnya, terdapat kesan signifikan tafakur visual bagi bacaan pra dan pos bacaan HF bagaimanapun, tiada perubahan ketara untuk teknik tafakur auditori dan pertuturan. Selain itu juga, terdapat kesan signifikan tafakur terhadap keadaan emosi negatif diantara kumpulan rawatan dan kawalan. Terdapat juga kesan signifikan kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan teknik tafakur visual, tafakur auditori dan tafakur pertuturan terhadap bacaan skor spektrum LF. Bagi skor VLF, terdapat perubahan ketara untuk tafakur visual dan tafakur auditori tetapi tidak signifikan untuk tafakur pertuturan. Bagi skor HF pula, terdapat perbezaan ketara untuk tafakur visual dan pertuturan bagaimanapun tiada perubahan ketara untuk tafakur auditori. Kajian ini memberi implikasi kepada bidang akademik dan juga lapangan. Oleh itu, teknik tafakur adalah suatu altenatif kepada intervensi awal kesihatan mental khususnya sebagai pencegahan awal sebelum masalah tersebut meningkat keperingkat yang memerlukan bantuan kllinikal.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Additional Information: | Thesis (Doctor of Philosophy) -- Universiti Malaysia Pahang – 2023, SV: Prof. Dr. Muhammad Nubli bin Abdul Wahab, NO.CD: 13341 |
Uncontrolled Keywords: | masalah psikologi, tafakur |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology Q Science > Q Science (General) |
Faculty/Division: | Institute of Postgraduate Studies Center for Human Sciences |
Depositing User: | Mr. Nik Ahmad Nasyrun Nik Abd Malik |
Date Deposited: | 12 Dec 2023 09:28 |
Last Modified: | 12 Dec 2023 09:28 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/39624 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |