Faktor terapeutik kaunseling kelompok dalam meningkatkan kesejahteraan kendiri

Abdul Rashid, Abdul Aziz and Muhammad Nubli, Abdul Wahab and Mohd Ropizam, Mohd Zainun and Nor Hamizah, Ab Razak and Norizan, Yusof and Rezki Perdani, Sawai (2023) Faktor terapeutik kaunseling kelompok dalam meningkatkan kesejahteraan kendiri. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 8 (2). pp. 90-98. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Faktor terapeutik kaunseling kelompok dalam meningkatkan kesejahteraan kendiri.pdf
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial.

Download (431kB) | Preview

Abstract

Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha mengembangkan segala potensi yang ada pada diri setiap klien. Kemahiran kaunseling dalam perhubungan terapeutik antara kaunselor dan klien adalah sangat penting dalam mendorong perubahan diri klien. Justeru, kajian ini bertujuan meneroka elemen terapeutik dalam kaunseling kelompok yang dapat meningkatkan kesejahteraan kendiri. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif menerusi analisis kandungan terhadap artikel-artikel yang telah diterbitkan dalam pangkalan data seperti Scopus, Social Sciences Citation Index (SSCI) dan Science Direct. Sebanyak 45 artikel telah dipilih. Kajian ini telah mendapati bahawa terdapat lima faktor utama terapeutik yang membawa kepada kesejahteraan diri termasuklah sikap altruisme dan membantu, kemahiran insaniah, katarsis jiwa, kejeleketan kelompok dan pengkayaan maklumat serta nilai. Kesimpulannya, kajian ini secara langsung dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan kaunselor berkenaan pelaksanaan kaunseling kelompok yang perlu mengambil kira elemen terapeutik sebagai faktor yang dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaannya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Group counseling; Therapeutic; Personal Well-being; Mental health
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Mrs Norsaini Abdul Samat
Date Deposited: 18 Dec 2023 07:08
Last Modified: 18 Dec 2023 07:08
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/39687
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item