Analisis Hukum Kanun Pahang dari Aspek Ciri Perlembagaan Moden

Wan Ahmad Fauzi, Wan Husain (2023) Analisis Hukum Kanun Pahang dari Aspek Ciri Perlembagaan Moden. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 6 (4). pp. 220-233. ISSN 2600-9080. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Analisis Hukum Kanun Pahang dari Aspek Ciri Perlembagaan Moden.pdf

Download (300kB) | Preview

Abstract

Pahang merupakan sebuah kerajaan tua di Tanah Melayu. Sebagai sebuah kerajaan, secara amalannya terdapat sistem yang mengawal urusan pemerintahan dan perhubungan antara pelbagai pihak dalam aspek kenegaraannya. Apatah lagi kemudiannya Pahang sebagai sebuah kesultanan berdaulat, pastinya mempunyai pemerintahan dan undang-undangnya yang tersendiri. Hukum Kanun Pahang adalah bukti satu tahap ketamadunan yang telah dicapai oleh pemerintahan tradisional di Tanah Melayu. Artikel ini bertujuan untuk menyiasat Hukum Kanun Pahang dari aspek ciri sebuah perlembagaan moden. Kajian ini ialah kualitatif bereka bentuk analisis undang-undang menggunakan jurisprudens watan. Analisis ini memeriksa prinsip kedaulatan dan ciri perlembagaan yang terkandung dalam Hukum Kanun Pahang. Buku berjudul Sejarah Pahang karangan Haji Buyong Adil (1972) dijadikan sebagai sumber utama rujukan sejarah. Kajian ini tidak bermaksud untuk membincangkan setiap elemen dalam ciri perlembagaannya. Dapatan menunjukkan bahawa konsep raja berperlembagaan di Tanah Melayu bukanlah suatu yang asing. Raja Melayu memerintah berpaksikan ajaran agama Islam yang diterjemahkan melalui adat Melayu, tidak seperti ditohmahkan melalui frasa bersultan di hati beraja di mata.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kesultanan Pahang, Hukum Kanun Pahang, Jurisprudens watan, Raja berperlembagaan, Negeri Melayu berdaulat.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
K Law > K Law (General)
Faculty/Division: Faculty of Industrial Management
Depositing User: Miss Amelia Binti Hasan
Date Deposited: 03 Jan 2024 06:55
Last Modified: 03 Jan 2024 06:55
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/39848
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item