Peranan kursus falsafah dan isu semasa dalam “menyempurnakan” mahasiswa: Kajian di Universiti Malaya

Faezah, Kassim and Mohd Rahimi, Ramli and Noor Ain, Mat Noor and Yong, Irene Seok-Ching and Muhammad Shamshinor, Abdul Azzis (2023) Peranan kursus falsafah dan isu semasa dalam “menyempurnakan” mahasiswa: Kajian di Universiti Malaya. Asian People Journal, 6 (2). pp. 35-46. ISSN 2600-8971. (Published)

[img]
Preview
Pdf
[2023] Peranan Kursus Falsafah dan Isu Semasa Dalam 'Menyempurnakan' Mahasiswa; Kajian di UM- MyCITE APJ Unisza.pdf

Download (453kB) | Preview

Abstract

Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) yang ditawarkan kepada para pelajar di peringkat sarjana muda di universiti tempatan merupakan kursus wajib yang diharapkan mampu membentuk pelajar sebagaimana yang ingin dicapai oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Atribut Kemahiran Hasil Pembelajaran Kerangka Kelayakan Malaysia di dalam kursus ini terdiri daripada Minda Ingin Tahu (KKM4), Komunikasi Sosial dan Tanggungjawab Sosial (KKM3C) serta Pembelajaran Berautonomi (KKM4). Para graduan daripada universiti tempatan sering dikritik tidak berfikiran kritis, lemah dalam pengetahuan semasa dan tidak dapat menunjukkan kemahiran komunikasi, tanggungjawab sosial dan lemah dalam berdikari apabila melaksanakan tugasan setelah memasuki alam pekerjaan. Justeru, kemahiran tersebut telah diterapkan dalam kursus FIS di Universiti Malaya. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat pelaksanaan dan pencapaian pelajar dalam atribut Minda Ingin Tahu (KKM4), Komunikasi Sosial dan Tanggungjawab Sosial (KKM3C) serta Pembelajaran Berautonomi (KKM4) yang diterapkan dalam kursus FIS di Universiti Malaya. Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar Tahun 1, Semester II dan II, Sesi 2020/2021. Dalam kajian ini, analisis terhadap dokumen pelaksanaan dan pentaksiran kursus FIS dilakukan dengan meneliti tahap pencapaian ketiga-tiga atribut tersebut melalui kaedah pembelajaran yang dilaksanakan terhadap pelajar. Hasil analisis ke atas keputusan penilaian berterusan dan peperiksaan menunjukkan bahawa pelajar telah mencapai tahap yang telah ditetapkan bagi KKM4, iaitu lebih daripada 70 peratus pelajar didapati mencapai tahap yang ditetapkan. Di samping itu, atribut KKM3C juga berjaya dicapai. Kajian ini mencadangkan bahawa kajian lanjutan boleh dijalankan menggunakan sampel graduan yang telah memasuki alam pekerjaan bagi menilai semula keberkesanan kemahiran yang telah dikuasai untuk mengetahui sama ada kemahiran tersebut benar-benar praktikal dan boleh diguna pakai di alam pekerjaan dan masyarakat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Falsafah dan isu semasa; Atribut minda ingin tahu; Komunikasi sosial; Tanggungjawab sosial; Pembelajaran berautonomi
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Dr Rahimi Ramli
Date Deposited: 07 Feb 2024 08:08
Last Modified: 07 Feb 2024 08:08
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/40095
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item