Hubungan kempipinan distributif terhad terhadap efikasi kendiri dan kolektif warga kerja dalam pentadbiran di sekolah-sekolah orang asli daerah Rompin dan Pekan, Pahang

Mohd Zainul Abidin, Zakaria (2023) Hubungan kempipinan distributif terhad terhadap efikasi kendiri dan kolektif warga kerja dalam pentadbiran di sekolah-sekolah orang asli daerah Rompin dan Pekan, Pahang. Masters thesis, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (Contributors, Thesis advisor: Mohd Hanafiah, Ahmad).

[img]
Preview
Pdf
ir.MOHD ZAINUL ABIDIN BIN ZAKARIA_MPG19001.pdf - Accepted Version

Download (436kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan Kepimpinan Distributif yang diamalkan oleh kalangan pihak pentadbir di sekolah-sekolah Orang Asli etnik Jakun di daerah Rompin dan Pekan, Pahang dalam konteks pengurusan organisasi kokurikulum terhadap efikasi kendiri dan efikasi kolektif pihak pentadbir dan guru-guru pelaksana. Sekolah-sekolah kajian yang majoriti muridnya terdiri daripada Orang Asli etnik Jakun dipilih memandangkan etnik Jakun ini merupakan etnik yang terbesar menetap di daerah Rompin dan Pekan, Pahang. Sehubungan itu, kajian ini berfokus kepada bagaimana usaha pihak pentadbiran sekolah dalam mengaplikasikan pendekatan kepimpinan distributif yang mampu memacu komitmen, efikasi serta menggembleng kepakaran guru-guru pelaksana agar dapat merancang serta melaksanakan program kokurikulum yang menarik serta terancang bagi membantu menarik minat pelajar Orang Asli etnik Jakun untuk hadir ke sekolah. Kajian ini bersifat kajian kes dengan menggunakan kaedah kualitatif (temu bual). Seramai 21 orang responden kajian yang terlibat iaitu terdiri daripada pihak pentadbir dan Setiausaha Sukan dan Kokurikulum. Dapatan temu bual telah dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti9 dan juga secara manual. Dapatan penyelidikan ini telah memberi satu penambahbaikan terhadap kajian iaitu pemimpin di sekolah perlu mengamalkan kepimpinan pelbagai corak mengikut situasi yang wujud dalam sesebuah organisasi. Selain itu, agihan tugas dan penurunan kuasa harus dilakukan oleh pemimpin sekolah kepada guru bawahan. Seseorang pemimpin juga harus memahami berkaitan budaya setempat sebelum memperkenalkan budaya baharu di sekolah. Melalui amalan kepimpinan distributif ini, efikasi kendiri dan kolektif pihak pentadbir dan guru-guru dapat ditingkatkan serta dapat mengatasi masalah ponteng sekolah dan keciciran dalam pendidikan. Sumbangan terhadap teori dalam kajian ini ialah seseorang pemimpin haruslah menggabungkan pelbagai bentuk kepimpinan mengikut situasi yang wujud. Selain itu, dalam mengubah budaya sekolah, seseorang Guru Besar haruslah melihat kesesuaian budaya setempat dan budaya masyarakat Orang Asli supaya tiada penolakan daripada para pengikutnya. Walaupun perkongsian kuasa amat disarankan dalam bentuk kepimpinan distributif, namun limitasi mestilah dihadkan supaya tiada pelanggaran terhadap dasar-dasar dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (Master of Science) -- Universiti Malaysia Pahang – 2023, NO. CD: 13469, SV: Dr. Mohd Hanafiah bin Ahmad
Uncontrolled Keywords: hubungan Kepimpinan Distributif, perisian ATLAS.ti9
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Faculty/Division: Faculty of Industrial Management
Institute of Postgraduate Studies
Depositing User: Mr. Nik Ahmad Nasyrun Nik Abd Malik
Date Deposited: 10 Jun 2024 02:24
Last Modified: 10 Jun 2024 02:24
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/41515
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item