Penggunaan air dan limau nipis sebagai bahan asas merawat pesakit gangguan jin: Tinjauan pengalaman pengamal dalam perubatan tradisional Melayu

Syed Zaidi, Syed Omar and Mohamad Hilmi, Mat Said (2024) Penggunaan air dan limau nipis sebagai bahan asas merawat pesakit gangguan jin: Tinjauan pengalaman pengamal dalam perubatan tradisional Melayu. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 9 (1). pp. 50-58. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Penggunaan air dan limau nipis sebagai bahan asas merawat.pdf
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial.

Download (443kB) | Preview

Abstract

Kajian ini merupakan satu penyelidikan berkaitan cara atau kaedah perubatan tradisi orang Melayu yang menggunakan air dan juga limau nipis sebagai bahan asas dalam rangka merawat pesakit yang diganggu oleh Jin. Pengkaji adalah merupakan seorang perawat yang berpengalaman dalam bidang rawatan gangguan Jin. Jin membawa makna makhluk Allah swt yang diciptakan daripada api yang boleh menyerupai malaikat. Dewasa ini kerap kedengaran banyak kes-kes rawatan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan gangguan Jin dalam masyarakat. Malangnya terkadang didapati rawatan yang digunakan tidak menepati kehendak syarak dan mempunyai tanda-tanda ajaran sesat yang membimbangkan. Justeru itu tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti kaedah penggunaan air dan limau nipis untuk rawatan gangguan Jin. Manakala metodologi kajian ini ialah kajian kualitatif. Ia berdasarkan kepada kajian lapangan iaitu pengalaman pengkaji sebagai seorang perawat dan kajian kepustakaan yang merujuk dokumen-dokumen yang berkaitan. Hasil dari kajian ini akan menjelaskan kelebihan air dan limau nipis yang dijadikan bahan rawatan dan kaedah yang digunakan dalam rawatan di atas. Kajian ini juga akan akan berkongsikan pengalaman pengkaji yang merawat menggunakan bahan tersebut dan keberkesanannya atas izin dari Allah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Traditional medical; Water; Lime; Jin affliction; Perubatan tradisional; Air; Limau nipis; Gangguan jin
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Mrs Norsaini Abdul Samat
Date Deposited: 09 Sep 2024 01:56
Last Modified: 09 Sep 2024 01:56
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/42533
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item