Analisis faktor demografi terhadap kesediaan e-pembelajaran di sekolah menengah agama kerajaan negeri Pahang

Artika Rasul, Sulaiman and Hasmadi, Hassan and Jamal Rizal, Razali (2024) Analisis faktor demografi terhadap kesediaan e-pembelajaran di sekolah menengah agama kerajaan negeri Pahang. In: E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika dan Turath Islami kali ke-7 (I-STET) 2024. Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika dan Turath Islami kali ke-7 (I-STET) 2024 , 15 – 16 Oktober 2024 , Secara Hibrid. pp. 1-6.. ISBN 978-629-7636-87-0 (Published)

[img]
Preview
Pdf
e-Proceedings ISTET 2024.pdf

Download (860kB) | Preview
[img]
Preview
Pdf
Analisis faktor demografi terhadap kesediaan e-pembelajaran di sekolah menengah agama kerajaan negeri Pahang.pdf

Download (198kB) | Preview

Abstract

Kajian ini meneliti kesediaan pelajar di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) terhadap e-pembelajaran, dengan fokus utama pada sikap terhadap penggunaan peranti digital, literasi digital, kualiti fasiliti teknologi dan akses teknologi. Kajian menggunakan soal selidik dalam talian dengan skala Likert lima mata untuk mengumpul data daripada 450 pelajar secara rawak dari populasi 6,851. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 25.0, termasuk faktor-faktor demografi seperti jantina, usia, pendapatan keluarga, pekerjaan ibu bapa, bilangan adik-beradik,lokasi kediaman, jarak ke sekolah, serta nama dan lokasi sekolah. Hasil kajian menunjukkan literasi digital pelajar adalah rendah (skor min 2.13) dan sikap terhadap peranti digital juga rendah (skor min 1.876). Penilaian terhadap fasiliti teknologi dan akses teknologi adalah sederhana,dengan skor min masing-masing 2.508 dan 2.530. Faktor-faktor seperti usia, jantina, nama sekolah, dan pendapatan keluarga turut mempengaruhi sikap dan literasi digital pelajar. Kajian mencadangkan strategi proaktif seperti pendidikan tambahan dan sokongan teknologi untuk meningkatkan kesediaan pelajar terhadap e-pembelajaran dan memperkasakan pendidikan yang lebih inklusif.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: e-Pembelajaran, sikap, literasi, fasiliti, akses
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Miss Amelia Binti Hasan
Date Deposited: 22 Oct 2024 08:10
Last Modified: 22 Oct 2024 08:10
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/42843
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item