Etika Malaysia Madani: Sistem Politik dan Perundangan

Wan Ahmad Fauzi, Wan Husain (2024) Etika Malaysia Madani: Sistem Politik dan Perundangan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. ISBN 9789834945527

[img]
Preview
Pdf
ETIKA MALAYSIA MADANI Pub details.pdf

Download (3MB) | Preview
[img] Pdf
DBP 2024 (LATEST) manuskrip ETIKA MALAYSIA MADANI Sistem Politik ^0 Perundangan (Mac 2024).pdf
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

ETIKA MALAYSIA MADANI Sistem Politik dan Perundangan menghuraikan legitimasi doktrin negara dan pemakaiannya sebagai etika tadbir urus yang baik dalam sistem politik dan perundangan dengan tujuan untuk mengukuhkan amalan Malaysia MADANI. Malaysia MADANI yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim diperkenalkan dalam bab 1 tanpa kupasan kerana buku beliau berjudul Membangun Negara MADANI Visi dan Kerangka Dasar Reformasi sudah cukup menjelaskan objektif, prinsip dan setiap pendekatannya. M.A.D.A.N.I – Mampu, sejahterA, berDaya cipta, saling menghormAti, punyai keyakiNan, dan bersifat Ihsan berasaskan teladan yang ditunjukkan dalam pemerintahan Nabi Muhammad SAW menggariskan nilai sejagat yang jelas bagaimana ia perlu disulami dalam amalan bernegara dan pembinaan negara bangsa Malaysia. Kesejahteraan dan Hormat merupakan dua nilai Malaysia Madani yang ditonjolkan di sini kerana buku ini turut memfokuskan impikasi sistem politik dan perundangan dalam menguruskan kepelbagaian isu yang mencabar kerukunan hidup rakyat Malaysia. Menurut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-10: “Kalimah sejahtera sering membawa makna keseimbangan, atau lebih tepat lagi kehidupan dan segala sisinya yang terangkum dalam keseimbangan. Kesejahteraan juga ada hubungan yang bersejarah dengan kalimah bahasa Arab ‘al-Falah’, yang bermaksud kejayaan dan kebahagian yang dirasai hasil daripada pengalaman kerohanian membersihkan jiwa dalam mentaati perintah Allah Azza Wajalla.” (Anwar Ibrahim, 2023: 61). “Namun secara asasnya kalimah hormat mengandungi konotasi maruah manusia. Suatu kalimah lain yakni adab, yang berasal daripada bahasa Arab, mengandungi yang sama konotasi seperti budi bahasa, kesopanan dan ketawadukan dan dilihat bukan semata sebagai asas kepada tingkah lakutetapi juga sebagai asas kepada sebuah peradaban.” (Anwar Ibrahim, 2023: 93). Selari dengan objektif penulisan buku ini, pengenalan Malaysia Madani, konsep negara bangsa, jati diri bangsa Malaysia, raja berperlembagaan, kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan menghiasi turutan bab sekaligus dikupas dari sudut jurisprudens watan. Kesemua sudut tersebut penting kerana ia menjelaskan etika mengikut konteks tempatan dalam pelaksanaan polisi Malaysia Madani.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: MADANI, Malaysia MADANI, Politik dan perundangan
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
J Political Science > JF Political institutions (General)
J Political Science > JQ Political institutions Asia
Faculty/Division: Faculty of Industrial Sciences And Technology
Depositing User: Miss Amelia Binti Hasan
Date Deposited: 14 Jan 2025 00:22
Last Modified: 14 Jan 2025 00:22
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/43572
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item