Memperkasakan pensijilan halal premis makanan di Malaysia: kepentingan, keperluan dan cabaran

Mohammad Hafeez, Md Ramli and Tuan Sidek, Tuan Muda and Anita, Abdul Rani (2025) Memperkasakan pensijilan halal premis makanan di Malaysia: kepentingan, keperluan dan cabaran. Sains Insani, 10 (1). pp. 1-10. ISSN 0127-7871. (Published)

[img] Pdf
Memperkasakan Pensijilan Halal Premis Makanan di Malaysia.pdf
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (365kB)

Abstract

Produk berlogo halal telah menjadi keperluan penting bagi pengguna Muslim di Malaysia. Seiring dengan peningkatan kesedaran halal, pensijilan halal semakin mendapat perhatian. Di Malaysia, terdapat sembilan kategori pensijilan halal dan salah satunya ialah kategori premis makanan. Kategori ini merangkumi pemberian sijil halal kepada pelbagai jenis premis makanan seperti dapur hotel, restoran, gerai, kiosk, warung dan sebagainya yang telah mematuhi syarat dan prosedur pensijilan halal. Walaupun pensijilan halal dalam industri makanan berkembang pesat dengan peningkatan permohonan sijil halal, kategori premis makanan masih menunjukkan perkembangan yang agak perlahan. Sehubungan itu, tulisan ini bertujuan membincangkan kepentingan, keperluan dan cabaran dalam memperkasa pensijilan halal bagi kategori premis makanan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dimana data dikumpul dan dianalisis melalui pendekatan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensijilan halal untuk premis makanan adalah penting untuk diperkasakan bagi memastikan pengguna mendapat jaminan makanan halalan tayyiban dan terjamin keselamatannya. Pemerkasaan ini diharapkan dapat mencegah isu-isu keselamatan makanan yang sering berlaku di premis makanan. Kajian ini juga mendapati beberapa cabaran utama dalam memperkasakan pensijilan halal bagi kategori ini iaitu kesukaran proses permohonan, kos pematuhan dan keperluan bahan mentah halal, kesulitan memenuhi dokumentasi serta kebersihan dan kos penambahbaikan premis. Implikasi kajian ini ialah dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada pengusaha premis makanan, pihak berkuasa pensijilan halal dan pengguna Muslim berkaitan keperluan dan cabaran dalam pensijilan halal premis makanan serta memberikan jalan penyelesaian yang praktikal dan strategik dalam meningkatkan keyakinan pengguna, memacu ekonomi dan memperkukuh sistem pensijilan halal di Malaysia.

Item Type: Article
Additional Information: Other title: Empowering Halal Certification for Food Premises in Malaysia: Importance, Necessity, and Challenges
Uncontrolled Keywords: Pensijilan Halal, Premis makanan, keselamatan makanan, kesihatan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Miss Amelia Binti Hasan
Date Deposited: 12 Jun 2025 07:16
Last Modified: 12 Jun 2025 07:16
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/44788
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item