Model pengguna aplikasi tutoran web adaptif pintar

Rahmah, Mokhtar (2012) Model pengguna aplikasi tutoran web adaptif pintar. PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia (Contributors, UNSPECIFIED: UNSPECIFIED).

[img]
Preview
PDF
RAHMAH_BINTI_MOKHTAR.PDF

Download (1MB)

Abstract

Kewujudan Sistem Pembelajaran Adaptif Pintar Berasaskan Web (SPAPBW) dapat mengatasi masalah menggunakan paparan apa ada di depan mata, yang diaplikasi oleh kebanyakan Sistem Pembelajaran Berasaskan Web (SPBW).Pengadaptasian melalui gaya pembelajaran telah dibukti oleh pengkaji terdahulu berupaya meningkatkan tahap kefahaman pelajar. Namun ramalan gaya pembelajaran melalui soal selidik kurang sesuai kerana pengguna kurang ikhlas apabila menjawab soal selidik dan tidak menyedari mempunyai gaya pembelajaran tersendiri.Pengadaptasian pula selalunya dibuat selepas pengguna keluar dari sistem.Qleh itu,kajian mi mewujud satu model pengguna yang berkeupayaan meramal gaya pembelajaran secara berterusan tanpa disedari oleh pengguna dan pengadaptasian dilakukan secara masa nyata.SPAPBW diasaskan daripada tiga komponen utama,iaitu model pengguna, pangkalan pengetahuan clan enjin taaku!an yang berasaskan teknik kepintaran buatan.Model pengguna mengenal pasti maklumat pengguna bagi tujuan pengadaptasian.Tujuan utama kajian mi adalah untuk mereka bentuk model pengguna,membangunkan prototaip SPAPBW atau Aplikasi Tutoran Web Adaptif Pintar (ATWAP) yang dinamakan K-Stailo:A-Maths Tutor dan mengkaji keberkesanan aplikasi mi terhadap golongan sasaran.K-Stailo:A-Maths Tutor dibangunkan untuk pengajaran Matematik dalam topik peratusan. Kaedah Petua Pengeluaran-Kabur diguna untuk memodel pengguna berdasarkan gaya pembelajaran mode! Dunn dan Dunn, kognitif dan modaliti,iaitu global-visual, global-verbal, global visual-verbal,analitikal-visual, analitikal-verbal dan analitikal visual-verbal.Kaedah kajian berpandukan model prototaip cepat.Penilaian keberkesanan menggunakan kaedah kuasi-eksperimental menerusi prauj ian dan pascaujian.Responden terdiri daripada 30 orang pelajar menengah rendah.Pelajar mi dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu 15 orang kumpulan kawalan menggunakan sistem tutoran biasa Maths is Fun dan 15 orang kumpulan eksperimen menggunakan aplikasi K-Stailo:A-Maths Tutor. Min markah kumpulan kawalan adalah 47.7 clan min markah kumpulan eksperimen adalah 55.7.Hasil ujian t-berpasangan menunjukJcan bahawa perbezaan mi adalah signifikan (p = 0.009; (x=0.05).Penilaian kepenggunaan K-Stailo:A-Maths Tutor menggunakan dua kaedah pengumpulan data,iaitu soal selidik clan pemerhatian. Berdasarkan praujian dan pascaujian,kumpulan eksperimen menunjukkan peningkatan markah yang lebih tinggi iaitu sebanyak 80%,sementara kumpulan kawalan hanya 60%. Maka K-Stailo:A-Maths Tutor adalah berkesan dalam membantu meningkatkan pencapaian pelajar berbanding aplikasi tutoran biasa.Penilaian kepenggunaan K-Stailo:A-Maths Tutor menggunakan dua kaedah pengumpulan data,iaitu soal selidik dan pemerhatian.Hasil penilaian menunjukican K-Stailo A:Maths Tutor adalah aplikasi yang baik; iaitu berkesan (min peratusan=74%), mudah digunakan (min peratusan=78%) dan memuaskan (mm peratusan= 80.4%).Sumbangan penye!idikan mi ialah (i) K-Stailo,model pengguna yang menggunakan kaedah petua pengeluaran-kabur (ii) Model reka bentuk antara muka SPAPBW yang mewakili kebolehan ramalan gaya pembelajaran (iii) Petua-petua untuk meramal gaya pembelajaran dan (iv) Prototaip SPAPBW, ATWAP, K-Stailo:A-Maths Tutor yang terdini danipada model pengguna, ontologi untuk perwakilan pangkalan pengetahuan dan enjin pengadaptasian.

Item Type: Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords: Web based instruction Education
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Depositing User: Shamsor Masra Othman
Date Deposited: 08 Jul 2014 03:30
Last Modified: 16 Aug 2021 04:26
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/4743
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item