Rashidi, Abbas and Fakhrul Adabi, Abdul Kadir and Ilhamie, Abdul Ghani Azmi (2014) Kemahiran Generik: Hubungan Nilai Amanah Dengan Etika Dan Moral Profesional Dalam Kalangan Pelajar Universiti Teknikal Malaysia (MTUN Universiti). Online Journal of Islamic Education, 2 (2). pp. 1-15. ISSN 2289-3016. (Published)
PDF
pbmsk-2014-rashidi-kemahiran_generik.pdf Restricted to Repository staff only Download (207kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan nilai integriti dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia dengan etika dan moral profesional. Sampel kajian seramai 480 orang yang terdiri dari pelajar sarjana muda semester enam di bawah Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP). Sehubungan dengan itu, pengkaji menggunakan prosedur pensampelan kelompok tiga tingkat. Setelah itu, data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 19.0 bagi mendapatkan nilai min, sisihan piawai, Korelasi Pearson dan ANOVA sehala. Hasil kajian menunjukkan adanya perhubungan yang sederhana kuat, yang signifikan antara nilai amanah dengan etika dan moral profesional. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa, tidak terdapat perbezaan yang signifikan penguasaan etika dan moral profesional dalam kalangan pelajar berlainan universiti. Sementara itu, tahap penguasaan kemahiran insaniah etika dan moral profesional dan nilai amanah pelajar menunjukkan berada di tahap tinggi. Secara keseluruhannya, kajian ini merumuskan bahawa adanya perkaitan yang signifikan antara akhlak Islam (amanah) dengan penguasaan etika dan moral profesional yang perlu diberi perhatian sewajarnya untuk meningkatkan prestasi universiti dan potensi pelajar. Kata kunci: Integriti, kemahiran insaniah, etika dan moral profesional.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics L Education > L Education (General) |
Faculty/Division: | Centre For Modern Languages and Human Sciences |
Depositing User: | Dr. Rashidi Abbas |
Date Deposited: | 08 Aug 2014 04:33 |
Last Modified: | 16 May 2018 05:58 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/5923 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |