Persepsi Pelajar Terhadap Hasil Pembelajaran Bidang Kejuruteraan

Zainol, Mustafa and Wong, Wai Ling and M. R., Abdul Hamid (2013) Persepsi Pelajar Terhadap Hasil Pembelajaran Bidang Kejuruteraan. Jurnal Teknologi (Sciences and Engineering), 62 (1). pp. 41-48. ISSN 0127-9696 (print); 2180-3722 (online). (Published)

[img] PDF
Persepsi_Pelajar_Terhadap_Hasil_Pembelajaran_Bidang_Kejuruteraan.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (708kB) | Request a copy
[img]
Preview
PDF
Persepsi_Pelajar_Terhadap_Hasil_Pembelajaran_Bidang_Kejuruteraan1.pdf

Download (510kB) | Preview

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk menentusahkan elemen penting dalam hasil pembelajaran dari segi persepsi pelajar yang terlibat dalam bidang kejuruteraan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor pengajian tinggi (IPT) khususnya universiti. Kajian ini melibatkan 500 orang responden dari lima buah IPT terpilih di Malaysia. Instrumen soal selidik berskala Likert 7 markat digunakan untuk mendapatkan maklum balas. Secara keseluruhannya, soal selidik mencapai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai alfa Cronbach 0.967. Data yang diperoleh diproses melalui analisis faktor penerokaan (EFA) untuk melihat struktur faktor-faktor hasil pembelajaran. Tambahan itu, analisis faktor pengesahan (CFA) juga dilakukan bagi menentusahkan konstruk yang terumpuk. Kesimpulannya, hasil kajian daripada dua analisis berkenaan dapat mengenal pasti dan mengesahkan dua elemen penting dalam hasil pembelajaran bidang kejuruteraan dari segi (i) persepsi dalam pengetahuan bidang teknikal dan (ii) persepsi dalam pengetahuan bidang umum.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Hasil pembelajaran bidang kejuruteraan; analisis faktor penerokaan; analisis faktor pengesahan
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Faculty/Division: Faculty of Industrial Sciences And Technology
Depositing User: Mrs. Neng Sury Sulaiman
Date Deposited: 16 Dec 2014 01:26
Last Modified: 13 Dec 2016 05:57
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/7722
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item