Analisis Tematik Hadith Berkaitan Faqir dan Miskin Dalam Sahih Bukhari

Ahmad Irfan, Ikmal Hisham (2015) Analisis Tematik Hadith Berkaitan Faqir dan Miskin Dalam Sahih Bukhari. In: Prosiding NCOZ 2015 - Persidangan Zakat Dalam Pembangunan Ekonomi Peringkat Kebangsaan 2015 = National Conference On Zakat and Economic Development 2015 , 1 June 2015 , Kuantan, Pahang. pp. 109-135.. ISBN 978-967-0691-47-3

[img]
Preview
PDF
Analisis Tematik.pdf

Download (680kB) | Preview

Abstract

Perbincangan mengenai golongan fakir dan miskin adalah penting di dalam menyusun strategi pembangunan sosio-ekonomi sesebuah negara. Sebagai rujukan kedua bagi umat Islām, kitab ḥadīth turut berperanan merekodkan ucapan, tindakan serta sikap nabi Muḥammad terhadap golongan tersebut. Pun demikian, bukan semua ḥadīth berkenaan relevan di dalam persoalan pembangunan ekonomi negara. Implikasi kefahaman setiap ḥadīth itu juga mempunyai tema objektif yang berbeza. Justeru, penyelidikan preliminari ini dilakukan bagi mengumpulkan ḥadīth-ḥadīth yang mengandungi kalimah faqīr dan miskīn mengikut tema yang khusus, bagi membolehkan kefahaman yang sebenar terhadap inisiatif Islām menguruskan golongan tersebut, seterusnya dapat digunakan oleh penyelidik bagi menentukan garis kemiskinan dan kefakiran sebagai rujukan kiraan kutipan dan agihan zakat. Penyelidikan ini juga berpotensi bagi menguji sejauhmanakah keberkesanan metodologi tematik bagi penerokaan lanjutan bidang berkaitan aṣnāf faqīr dan miskīn. Penyelidikan ini akan dilakukan menerusi metodologi kualitatif, dengan mengaplikasi analisis tematik (Boyatzis, 1998). Menerusi aplikasi ini, tema-tema yang terpola dalam Ṣaḥīḥ Bukhārī sebagai rujukan ḥadīth primer, akan dikenalpasti dengan carian kalimah faqīr dan miskīn. Kertas ini akan mengklasifikasi tema topik ḥadīth berkenaan, bagi meneroka penyelidikan lanjutan yang lebih komprehensif di dalam isu golongan tersebut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Speech)
Uncontrolled Keywords: Hadith Mauḍu‘iy, Fakir, Miskin, Tematik, Sosio-ekonomi, Zakat
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Mrs. Neng Sury Sulaiman
Date Deposited: 29 Jan 2016 05:46
Last Modified: 07 Feb 2018 02:48
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/11836
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item