Pembangunan Instrumen Pengukuran Pematuhan Syariah Bagi Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari

Mahyuddin, Ismail and Jahid, Sidek and Syed Hadzrullathfi, Syed Omar (2016) Pembangunan Instrumen Pengukuran Pematuhan Syariah Bagi Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari. In: 6th International Conference on Local Knowledge (ICLK 2016) , 27- 28 July 2016 , Penang, Malaysia. pp. 1-6..

[img] PDF
pbmsk-2016-mahyuddin-pembangunan instrumen pengukuran.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (184kB) | Request a copy
[img]
Preview
PDF
pbmsk-2016-mahyuddin-pembangunan instrumen pengukuran1.pdf

Download (82kB) | Preview

Abstract

Bidang Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) semakin berkembang dan mendapat sambutan dari masyarakat di Malaysia. Sebahagian dari pengamal PT&K ini menggunakan jenama perubatan dan pengubatan Islam sebagai modal untuk menarik kepercayaan pesakit. Fenomena ini mencetuskan isu sama ada pengamal tersebut benar-benar menggunakan kaedah yang dibenarkan Syara’ atau tidak. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membina satu instrumen pengukuran patuh syariah bertujuan mengukur dan menilai tahap pematuhan syariah dalam kalangan pengamal PT&K khususnya pengamal pengubatan Islam. Pembangunan instrumen ini berasaskan model ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation & Evaluation) sebagai kerangka gerak kerja. Sebanyak 8 domain telah dikenal pasti iaitu bacaan ruqyah, amalan perawat, kaedah rawatan, kaedah mengesan penyakit, bahan rawatan, tingkah laku dan etika perawat, latar belakang pendidikan perawat dan pengalaman perawat dengan indikator masing-masing. Kajian ini turut menetapkan tahap ujian dan kaedah pengiraan skor. Instrumen ini menjalani proses validasi bersama 6 orang pakar dalam bidang pengubatan Islam sebelum diuji pakai ke atas 16 responden yang merupakan pengamal pengubatan Islam yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: Perubatan Tradisional dan Komplementari; Pengubatan Islam; Instrumen pengukuran pematuhan syariah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 24 Aug 2016 07:19
Last Modified: 08 Feb 2018 07:12
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14087
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item