Profil Kecenderungan Personaliti dan Kecekapan EQ sebagai Paradigma Kecemerlangan Organisasi: Satu Kajian Kes

Ahmad Fazullah, Ahmad Zainal Abidin and Fatimah, Omar (2009) Profil Kecenderungan Personaliti dan Kecekapan EQ sebagai Paradigma Kecemerlangan Organisasi: Satu Kajian Kes. Jurnal UMP Sains Sosial dan Pengurusan Teknologi, 1 (1). pp. 23-42. ISSN 1985-8957. (Published)

[img] PDF
pbmsk-2009-fazullah-Profil Kecenderungan Personaliti dan Kecekapan EQ.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (11MB) | Request a copy
[img]
Preview
PDF
pbmsk-2009-fazullah-Profil Kecenderungan Personaliti dan Kecekapan EQ1.pdf

Download (538kB) | Preview
DOI/Official URL: http://www.ump.edu.my/

Abstract

Bidang psikologi telah diiktiraf dalam memberi impak terhadap banyak aspek kehidupan manusia termasuklah dalam konteks organisasi atau di tempat kerja. Kajian-kajian psikologi seperti kecenderungan kognitif dan afektif serta kecerdasan di tempat kerja memberi implikasi yang signifikan di dalam amalan pengurusan sesebuah organisasi. Bagi melihat kepentingan aspek-aspek ini dalam konteks organisasi, kajian ini bertujuan menghuraikan profil Kecenderungan Personaliti (kecenderungan dari segi Kognitif!Kuantitatif [CVIQN] dan Afektif/Kualitatif [AF/QL}) dan komponen Kecekapan EQ di kalangan staf kumpulan pengurusan dan profesional di sebuah organisasi di Kuala Lumpur. Subjek kajian ialah seramai 18 orang kakitangan dari tiga kumpulan jawatan di Jabatan Sumber Manusia. Kajian ini menggunakan rekabentuk tinjauan soal selidik. Analisis statistik deskriptif digunakan bagi menghuraikan ciri-ciri data yang diperolehi. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya perbezaan dari segi skor min kecenderungan personaliti sama ada personaliti jenis-CV/QN atau jenis-AF/QL di kalangan kumpulan jawatan secara keseluruhannya. Ketua Unit dan Pengurus lebih cenderung kepada Kecenderungan Personaliti jenis-AFIQL, manakala di kalangan Pengurus Besar, pola kecenderungan personaliti mereka agak seimbang, biarpun Kecenderungan Personaliti Jenis-CV/QN lebih dominan berbanding Kecenderungan Personaliti Jenis-AFIQL. Seterusnya, dari segi tahap Kecekapan EQ secara keseluruhannya, tidak terdapat perbezaan skor min yang terlalu ketara di antara Ketua Unit dan Pengurus dalam komponen Kecekapan EQ berbanding dengan jawatan Pengurus Besar. Keputusan kajian memperlihatkan bahawa wujudnya pola pro.ft/ kecenderungan personaliti yang hampir seimbang dari segi kumpulan jawatan sama ada dari segi kognitif atau afektif walaupun terdapat perbezaan skor min. Dari segi pro.ft( Kecekapan EQ pula, tahap Ketua Unit dan Pengurus adalah rendah, manakala Pengurus Besar secara keseluruhannya adalah sederhana baik.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kecenderungan personaliti, Kecerdasan emosi, Emotional Quotient, Pengurusan personel, Psikologi industri & organisasi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Mrs. Neng Sury Sulaiman
Date Deposited: 23 Aug 2016 01:33
Last Modified: 23 Aug 2016 01:33
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14130
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item