Penyelewengan Fakta Mengenai Femonena Falak; Keperluan Penyelidikan Tematik Ḥadīth Berkaitan Objek Selestial Di Dalam Al-Kutub Al-Sittah

Ahmad Irfan, Ikmal Hisham and Ishak, Suliaman (2015) Penyelewengan Fakta Mengenai Femonena Falak; Keperluan Penyelidikan Tematik Ḥadīth Berkaitan Objek Selestial Di Dalam Al-Kutub Al-Sittah. In: Seminar Antarbangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD III) , 27-28 Oktober 2015 , Universiti Malaya Kuala Lumpur. pp. 1-32..

[img]
Preview
PDF
PENYELEWENGAN FAKTA FALAK KEPERLUAN KAJIAN TEMATIK HADITH JASAD SAMAWI.pdf

Download (689kB) | Preview

Abstract

Perkembangan ilmu falak telah direkod sejak awal kemunculan Tamadun Islām. Secara etimologinya, falak berasal daripada perkataan Sumerian iaitu ‘pilak’ yang membawa maksud objek yang berputar, biasanya di langit (Encyclopedia of Islām, 1983). Walaupun sistem pendidikan pra-kemerdekaan di negara kita telah didominasi oleh sains Eropah sehingga memencilkan etnosains dan Islām, ilmu tersebut kini semakin menjadi tumpuan dalam kalangan akademia (Baharrudin, iii:2009). Dewasa ini, ilmu falak mendapat sambutan masyarakat sama ada menerusi kegiatan astronomi amatur, profesional dan juga penyelidikan akademik. Pun demikian, perkembangan itu dicemari dengan beberapa keliruan terhadap fenomena astronomi dalam kalangan masyarakat, seperti teori heliosentrik dan geosentrik, perubahan kutub bumi dan waktu maghrib sebenar (Raihana, 254:2014). Contohnya, dakwaan yang matahari akan terbit daripada Barat, kononnya hasil kajian NASA. Ironinya, sebahagian penyelewengan itu disandarkan dengan ḥadīth berkaitan objek selestial, bagi tujuan memperkukuh dakwaan. Konsteks Ḥadīth yang menyebut objek-objek selestial, seperti qamar, shams, kawākib dan burūj juga telah diseleweng. Justeru, kertas penyelidikan ini ditulis dengan mensasarkan objektif memberikan pencerahan terhadap kepentingan kajian preliminari tematik terhadap ḥadīth berkaitan objek selestial di dalam al-kutub al-sittah bagi menyusun elemen kontesktual kefahaman Ḥadīth tersebut di dalam isu-isu astronomi. Bagi mencapai objektif tersebut, pendekatan kuantitatif ringkas diaplikasikan bagi mendapatkan frekuensi penggunaan objek selestial di dalam al-kutub al-sittah, disusuli dengan analisis tekstual terhadap pola tema ḥadīth berkaitan berasaskan teori kualitatif tematik Boyatzis (1998). Penyelidikan ini mencadangkan kepentingan untuk penyelidikan tematik mengenai ḥadīth berkaitan objek selestial bagi menjawab kekeliruan yang timbul di sebalik fenomena astronomi yang berlaku dalam masyarakat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Ḥadīth Mauḍū‘iy, Falak, Astronomi, Thematik, Astro-Fiqh
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Q Science > QB Astronomy
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Dr Ahmad Irfan Ikmal Hisham
Date Deposited: 10 Oct 2016 07:31
Last Modified: 07 Feb 2018 02:50
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14704
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item