Pendekatan Pendidikan Integrasi Holistik Dalam Membangunkan Kecerdasan Spiritual

Rohana, Hamzah and Zuraina, Ali (2016) Pendekatan Pendidikan Integrasi Holistik Dalam Membangunkan Kecerdasan Spiritual. Universiti Malaysia Pahang, Kuantan Pahang. (In Press / Online First)

[img]
Preview
PDF
KULIT MODUL.pdf

Download (893kB) | Preview

Abstract

Alhamdulillah, dengan izin Allah hasrat kami untuk merealisasikan modul kecerdasan spiritual ini akhirnya dapat disempurnakan. Modul “Kecerdasan Spiritual terhasil daripada satu proses pembacaan, penyelidikan dan siri latihan yang sangat panjang. Penerokaan penulis untuk memahami punca permasalahan dalam pendidikan terutamanya masalah akhlak dan tingkahlaku akhirnya membawa kesedaran tentang kepentingan memberi fokus kepada usaha membangunkan kecerdasan spiritual melalui proses pendidikan. Kata-kata imam al-Ghazali bahawa pendidikan tanpa membangunkan potensi spiritual akan melahirkan manusia yang terpenjara dengan kehendak materia tanpa kemampuan untuk mengecapi erti kebahagiaan yang sebenar menjadi inspirasi kami dalam menyiapkan modul ini. Maka, membangunkan potensi spiritual adalah asas untuk membangunkan jati diri dan kawalan dalaman manusia. Kehilangan fokus terhadap proses membangunkan potensi spiritual berpunca daripada kehilangan definisi ilmu yang sebenar. Kegagalan manusia mendalami maksud ilmu yang benar melahirkan kekeliruan dan kehilangan adab kerana gagal membezakan diantara kebenaran dan kepalsuan. Ilmu yang benar ialah ilmu yang mampu membangunkan kecerdasan spiritual dengan membawa manusia mengenali Penciptanya dan akhirnya membentuk sistem pemikiran yang benar, bijaksana dan berakhlak mulia. Maka keunikan modul ini adalah pada kaedah pendekatan pendidikan yang digunakan iaitu pendekatan pendidikan yang memberi fokus kepada proses integrasi ilmu sebagai asas membangunkan potensi manusia secara holistik. Pendekatan pendidikan ini meletakkan matlamat pendidikan diatas prisip kesatuan sumber ilmu iaitu Allah SWT., Pencipta sekalian alam. Oleh itu, tujuan pendidikan adalah untuk membawa pelajar mengenal Pencipta atau membangunkan kecerdasan spiritual. Ini adalah asas pembentukan kawalan dalaman melalui perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bidang ilmu intelektual. Besar harapan kami agar modul ini bermanafaat dan memberi sumbangan bermakna kepada para pendidik, pensyarah, guru-guru dan ibubapa dalam menyokong perjuangan kita untuk melahirkan generasi pemimpin pewaris yang akan meneruskan perjuangan membangunkan ketamadunan negara bangsa. Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada universiti terutamanya Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Malaysia Pahang dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi yang telah meluluskan geran-geran penyelidikan yang menjadi asas kepada penulisan modul ini. Menyedari kekurangan dalam penyusunan modul ini, maka kami sangat mengharapkan kritikan dan cadangan penambahbaikan daripada para pembaca sekalian. Semoga dengan teguran yang diberikan, kami dapat memperbaiki kelemahan tersebut dalam karya-karya yang akan datang. Insyaallah. Wassalam ROHANA HAMZAH dan ZURIANA ALI Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusia

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Spiritual; Holistik; Kecerdasan
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Dr. Rohana Hamzah
Date Deposited: 02 Nov 2016 00:57
Last Modified: 18 Jun 2020 05:23
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14784
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item