Jamilah Bebe, Mohamad (2016) Amalan Sosiobudaya Di Dalam Novel Terjemahan Terpilih Harry Potter: Analisis Wacana Kritis. In: Proceedings of The National Conference for Postgraduate Research (NCON-PGR 2016) , 24-25 September 2016 , Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pekan, Pahang. pp. 490-504..
|
PDF
P067 pg490-504.pdf Download (263kB) | Preview |
Abstract
Makalah ini akan membincangkan aspek amalan sosiobudaya yang terdapat di dalam tiga novel terjemahan terpilih Harry Potter. Amalan sosiobudaya merujuk kepada perbuatan, tingkah laku, amalan dan gaya hidup yang mempengaruhi sesuatu masyarakat. Konsep sosiobudaya ini sering menaungi dan diamalkan oleh kebanyakkan masyarakat penduduk dunia. Dalam kertas kerja ini amalan sosiobudaya yang dibincangkan berfokus kepada aspek ideologi, politik dan ekonomi. Perbincangan dalam kertas kerja ini akan memanfaatkan gagasan teori yang diperkenalkan oleh Fairclough (1995) iaitu Konsepsi Analisis-Tiga Dimensi Wacana. Data kajian ini ialah pelbagai petikan contoh daripada sumber primer. Sumber primer data bagi kajian ini ialah teks di dalam tiga novel terjemahan Harry Potter karya J. K. Rowling yang dipilih. Analisis dan perbincangan yang dilakukan dalam kajian ini hanya akan memaparkan contoh data yang terpilih kerana pemilihan contoh data adalah bersifat mewakili. Perbincangan menunjukkan sememangnya terdapat amalan sosiobudaya seperti yang disarankan oleh Fairclough (1995) yang diamalkan oleh masyarakat dalam novel ini. Namun demikian, sesuai dengan penghasilan novel ini yang berlatar belakang masyarakat ahli sihir maka amalan sosiobudaya yang dipaparkan dalam novel ini menunjukkan persamaan dan perbezaan dengan amalan sosiobudaya masyarakat biasa dan masyarakat ahli sihir.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Lecture) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Amalan sosiobudaya; novel terjemahan Harry Potter; analisis wacana kritis; ideologi; politik; ekonomi |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Faculty/Division: | Centre For Modern Languages and Human Sciences |
Depositing User: | Noorul Farina Arifin |
Date Deposited: | 27 Oct 2016 03:10 |
Last Modified: | 29 Mar 2017 01:05 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/15074 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |