Jamilah Bebe, Mohamad and Anis Nabilla, Ahmad and Jamal Rizal, Razali (2016) Faktor-faktor Keterancaman Budaya Material Masyarakat Orang Asli Che Wong. Journal of Education and Social Sciences, 5 (2). pp. 307-317. ISSN 2289-1552. (Published)
|
PDF
Faktor-faktor keterancaman budaya material masyarakat orang asli.pdf Download (800kB) | Preview |
Abstract
Makalah ini membincangkan satu aspek khusus dalam masyarakat Che Wong, iaitu budaya material yang dikategorikan sebagai salah satu unsur “local wisdom” (kearifan tempatan). Istilah ini merujuk kepada pengetahuan eksplisit yang telah wujud atau muncul dalam jangka waktu yang panjang dan berevolusi dengan masyarakat dan dialami secara bersama. Kearifan tempatan wujud dalam bahasa, kemahiran, produk, sistem dan seni yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dan menjadi tanda pengenal mereka. Bagi masyarakat Orang Asli Che Wong yang tinggal di Kuala Gandah, Temerloh ini, terdapat beberapa kemahiran yang diwarisi daripada generasi terdahulu yang masih diamalkan sehingga kini dan boleh dikategorikan sebagai kearifan tempatan. Walau bagaimanapun, berdasarkan data yang dikutip menggunakan pendekatan kualitatif, terdapat beberapa kemahiran tempatan masyarakat ini sedang mengalami proses pengusangan. Hal ini berlaku kerana terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi komuniti Che Wong ini tidak mengamalkannya. Sekiranya tiada sebarang usaha mendokumentasikannya dan pewarisan, dikhuatiri kearifan tempatan milik masyarakat ini akan pupus buat selama-lamanya. Hal ini merupakan satu petanda kepada kehilangan identiti atau tanda pengenal masyarakat Che Wong ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | orang asli, Che Wong, budaya material, kearifan tempatan |
Subjects: | D History General and Old World > DS Asia |
Faculty/Division: | Centre For Modern Languages and Human Sciences |
Depositing User: | Mrs. Neng Sury Sulaiman |
Date Deposited: | 02 Mar 2017 05:46 |
Last Modified: | 02 Mar 2017 05:46 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/16793 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |