Mardhiyyah, Zamani and Nurazan, Mohmad Rouyan (2016) Pengaruh Serta Peranan Ibu Bapa Dalam Pembentukan Personaliti Dan Keperibadian Syed Qutb: Analisis Autobiografi “Kisah Seorang Anak Kampung ”. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 1 (2). pp. 106-115. ISSN 2289-7216. (Published)
|
PDF
Pengaruh Serta Peranan Ibu Bapa Dalam Pembentukan Personaliti Dan Keperibadian Syed Qutb- Analisis Autobiografi “Kisah Seorang Anak Kampung ”.pdf Download (496kB) | Preview |
Abstract
Peranan ibu bapa dalam pembentukan personaliti serta keperibadian anak-anak tidak dapat dinafikan lagi terutamanya di fasa awal kehidupan mereka. Menurut pepatah Melayu, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, kecemerlangan seorang anak, samada dari sudut kejayaan akademik mahupun memiliki budi pekerti tinggi kebiasaannya terletak di tangan kedua ibu bapa yang memainkan peranan penting mencoraknya. Seringkali terjadi, apabila timbul sebarang masalah atau kepincangan akhlak dalam kalangan remaja, pasti ibu bapalah yang pertama dituding serta dipertanggungjawabkan. Justeru, kajian ini bertujuan menyingkap pengaruh dan peranan ibu bapa terhadap anak-anak di fasa awal perkembangan mereka, iaitu di usia kanak-kanak berdasarkan pengalaman Syed Qutb melalui analisis terhadap autobiografinya “Kisah Seorang Anak Kampung”. Penyelidikan ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Dapatan kajian membuktikan bahawa ibu bapa sangat berpengaruh dalam membina personaliti, keperibadian serta ketokohan seseorang anak, dan ia berlaku dalam dua bentuk: memberi gambaran atau persepsi yang positif kepada anak dan memainkan peranan penting sebagai ibu bapa. Kajian ini memfokuskan beberapa peranan penting yang telah dimainkan oleh kedua ibu bapa Syed Qutb dalam melahirkan tokoh yang terkenal ini.Tidak dapat dinafikan lagi, persepsi positif serta peranan penting sebagai ibu bapa merupakan faktor utama dalam menjamin kejayaan anak-anak.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Peranan ibu bapa; pembentukan peribadi; personaliti; kejayaan; Syed Qutb |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Faculty/Division: | Centre For Modern Languages and Human Sciences |
Depositing User: | Mrs. Neng Sury Sulaiman |
Date Deposited: | 23 Aug 2017 03:41 |
Last Modified: | 18 Jan 2018 03:32 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/18224 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |