Jamilah Bebe, Mohamad and Noriah, Mohamed and Noor Hafida, Mohamed (2017) Tinjauan Terhadap Pencabulan Dan Perlanggaran Maksim Oleh Pelajar Cina Di Dalam Proses Pembentangan Kerja Kursus Bahasa Melayu. In: 2nd International Confrence On Humanities, Language, Culture & Business (2nd ICOHLCB) , 22-23 April 2017 , Cameron Highlands Pahang, Malaysia. .
|
PDF
pbmsk-2017-jamilah-Tinjauan Terhadap Pencabulan Dan Perlanggaran Maksim.pdf Download (34kB) | Preview |
Abstract
Makalah ini membincangkan pencabulan dan pelanggaran maksim yang berlaku dalam kalangan pelajar Cina sewaktu mereka membentangkan kerja kursus dalam bahasa Melayu. Pelajar didapati mencabul dan melanggar maksim disebabkan tahap kemampuan berbahasa Melayu mereka rendah dan mereka mengharapkan agar proses pembentangan mereka berjalan dengan lancar dan tidak terhenti. Selaras dengan pandangan ini, Grice (1991: 309) menyatakan bahawa, dalam sebuah interaksi, pelanggaran dan pencabulan maksim tidak dapat dielakkan. Kedua-duanya sering berlaku, sama ada secara sengaja (pelanggaran maksim) atau tidak sengaja (pencabulan maksim). Lazimnya pencabulan maksim tidak ketara. Hal ini demikian kerana penutur melakukannya secara tidak sengaja atau tidak sedar. Secara umum pencabulan dan pelanggaran maksim ini akan membuatkan pemeran melakukan implikatur, yakni menghasilkan ujaran secara berselindung atau tidak berterus terang. Dengan kata lain, ujaran penutur tidak jelas dan sukar difahami oleh pendengar. Oleh hal yang demikian, pendengar perlu melakukan inferens, yakni meneka makna ujaran berkenaan. Prinsip kerjasama yang diperkenalkan oleh Grice (1975) mengandungi empat jenis maksim, iaitu maksim kualiti, kuantiti, kerelevanan dan kejelasan. Keempat-empat maksim kerjasama ini akan dihuraikan berdasarkan data yang diperoleh daripada dua puluh orang pelajar Cina yang berusia antara 18 hingga 20 tahun yang menuntut di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Pulau Pinang. Data kajian ini ialah rakaman yang dilakukan ketika proses pembentangan kerja kursus dalam bahasa Melayu oleh pelajar berkenaan dan ditranskipsikan ke dalam bentuk ejaan bahasa Melayu. Analisis dan perbincangan yang dilakukan dalam kajian ini hanya memaparkan contoh data terpilih. Perbincangan menunjukkan sememangnya terdapat pencabulan dan pelanggaran maksim yang berlaku semasa pelajar membentangkan kerja kursus. Namun demikian, sesuai dengan kebolehan, keupayaan dan tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar ini, maka pencabulan dan pelanggaran maksim yang dilakukan oleh mereka menunjukkan pelbagai bentuk yang berbeza.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Lecture) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Violation; Intercourse; Malay Language |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Faculty/Division: | Centre For Modern Languages and Human Sciences |
Depositing User: | Ms. Juwairah Osman |
Date Deposited: | 17 Nov 2017 03:35 |
Last Modified: | 17 Nov 2017 03:35 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/19027 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |